Musibah banjir yang menyatukan, biarpun berbeza politik

Salleh Said Keruak

1. Beberapa hari lepas banjir teruk melanda utara Semenanjung mengakibatkan hampir 7 ribu penduduk Pulau Pinang dan 3 ribu penduduk Kedah terpaksa dipindahkan. Teruk atau tidaknya banjir ini dapat lihat bukan sahaja dari jalan yang ditenggelami air, tetapi juga rumah yang turut digenangi air.

2. Satu yang menarik perhatian saya dari musibah ini ialah tanggungjawab pemimpin pusat dan negeri bekerjasama menyelesaikan masalah rakyat ini.  Kelmarin, saya tertarik membaca kenyataan KM Pulau Pinang bahawa beliau menghubungi TPM awal pagi meminta bantuan, panggilan diangkat oleh TPM, dan esok paginya mereka berjumpa dan bekerjasama untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi rakyat.

3. Hari ini, PM Najib dan DS Rosmah sendiri pula turun ke Pulau Pinang. Sekali lagi disambut oleh KM Ketua Menteri dan diberikan taklimat oleh kerajaan negeri .Saya lihat mereka mesra bersama berbincang mengatasi masalah rakyat.

4. Senerio ini amat menarik.Politik matang diamalkan.Jauh di lubuk hati, saya berkata: Inilah Malaysia.Perbezaan politik tidak menghalang untuk bersama dalam menyelesaikan masalah rakyat. PM Najib ada lah seorang yang budiman.

Sumber: sskeruak.blogspot.my

Comments

Comments