Naib Ketua Pemuda PPBM Kota Tinggi dikhuatiri lemas

Keluarga Mohd Zulfikrie kini masih dalam keadaan terkejut dan meminta mereka diberi ruang berhadapan insiden berkenaan. Sumber (gambar): Berita Harian

ناءيب كتوا ڤمودا ڤڤبم كوتا تيڠڬي دخواطيري لمس

Naib Ketua Angkatan Bersatu Anak Muda (ARMADA) PPBM Kota Tinggi yang dikhuatiri lemas di Tanjung Balau di sini, semalam, tergelincir daripada jeti ketika mahu mengambil selipar yang terjatuh.

Ketua Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Pengerang, Mohd Faizal Asmar, berkata Mohd Zulfikrie Buang tergelincir dan ditarik ombak dalam kejadian berlaku ketika hujan lebat.

Mohd Faizal berkata, Mohd Zulfikrie menjawat jawatan Naib Ketua ARMADA Kota Tinggi sejak Oktober lalu, adalah seorang ceria dan rajin membantu. 

“Seramai kira-kira 100 anggota BERSATU Kota Tinggi dan Pengerang hadir ke lokasi Jeti Tanjung Balau bagi melihat operasi mencari dan menyelamat mangsa. 

“Kami berdoa supaya segala-galanya dipermudahkan dan semoga ada keajaiban berlaku,” katanya.


KOTA TINGGI: Naib Ketua Angkatan Bersatu Anak Muda (ARMADA) PPBM Kota Tinggi yang dikhuatiri lemas di Tanjung Balau di sini, semalam, tergelincir daripada jeti ketika mahu mengambil selipar yang terjatuh.

Ketua Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Pengerang, Mohd Faizal Asmar, berkata Mohd Zulfikrie Buang tergelincir dan ditarik ombak dalam kejadian berlaku ketika hujan lebat.




Mohd Faizal berkata, Mohd Zulfikrie sudah dikenalinya sejak beberapa tahun lalu, berikutan aktif dalam kerja kemasyarakatan di daerah berkenaan.

Katanya, kali terakhir mereka bertemu adalah minggu lalu ketika Mesyuarat PPBM Johor di sebuah hotel di Johor Bahru dan sempat berbual mengenai aktiviti yang akan dijalankan bersama nanti.

“Rakan yang bersama Mohd Zulfikrie petang semalam, memaklumkan beliau mahu mengambil seliparnya yang terjatuh ke laut ketika melakukan kerja membaiki Jeti Tanjung Balau.

“Rakannya sudah menasihatkan jangan turun dahulu kerana hujan lebat, namun Mohd Zulfikrie yang berada di perancah atau kerangka besi tiba-tiba tergelincir jatuh ke dalam laut. Kejadian berlaku sangat pantas.

“Rakannya berusaha menyelamatkannya, namun tidak berjaya kerana ombak kuat sebelum beliau hilang daripada pandangan, ” katanya ketika dihubungi.

Mohd Faizal berkata, Mohd Zulfikrie menjawat jawatan Naib Ketua ARMADA Kota Tinggi sejak Oktober lalu, adalah seorang ceria dan rajin membantu.

“Seramai kira-kira 100 anggota PPBM Kota Tinggi dan Pengerang hadir ke lokasi Jeti Tanjung Balau bagi melihat operasi mencari dan menyelamat mangsa.

Loading...

“Kami berdoa supaya segala-galanya dipermudahkan dan semoga ada keajaiban berlaku,” katanya.

Beliau berkata, keluarga Mohd Zulfikrie kini masih dalam keadaan terkejut dan meminta mereka diberi ruang berhadapan insiden berkenaan.

Sumber:

NOTA: SAYA MEMBUAT PENGUMUMAN-PENGUMUMAN PENTING DARI MASA KE SEMASA EKSKLUSIF MENERUSI SALURAN TELEGRAM BERIKUT:



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...