
نجيب: انق ساي تيدق ءدأرهء باير رم37 جوت
Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menjelaskan, laporan beberapa media bahawa anaknya, Datuk Mohd Nazifuddin, telah diarahkan untuk membayar tuntutan cukai sebanyak RM37.6 juta bagi tahun 2011 hingga 2017 adalah tidak benar.
Memetik laporan Malaysiakini, Najib menjelaskan Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur sebenarnya membenarkan permohonan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) untuk penghakiman terus dalam samannya terhadap Nazifuddin.
“Sebenarnya, dia bukan diarahkan hakim untuk membayar cukai tetapi hakim memberi penghakiman terus (summary judgement) kepada LHDN untuk teruskan tuntutan mereka terhadap anak saya,” katanya.
Sebelum ini, TTF memetik laporan berita NST Online yang mendakwa anak Najib diarahkan untuk membayar RM37,644,810.73 susulan satu keputusan (summar judgment) yang dibuat oleh pihak hakim Mahkamah.
PETALING JAYA: Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menjelaskan, laporan beberapa media bahawa anaknya, Datuk Mohd Nazifuddin, telah diarahkan untuk membayar tuntutan cukai sebanyak RM37.6 juta bagi tahun 2011 hingga 2017 adalah tidak benar.
Memetik laporan Malaysiakini, Najib menjelaskan Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur sebenarnya membenarkan permohonan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) untuk penghakiman terus dalam samannya terhadap Nazifuddin.
“Sebenarnya, dia bukan diarahkan hakim untuk membayar cukai tetapi hakim memberi penghakiman terus (summary judgement) kepada LHDN untuk teruskan tuntutan mereka terhadap anak saya,” katanya.
Menurut Malaysiakini, Hakim Ahmad Zaidi Ibrahim membenarkan permohonan tersebut ketika prosiding hari ini.
Portal tersebut menulis:
Sebelum ini dilaporkan bahawa mahkamah menetapkan hari ini untuk membuat keputusan berhubung permohonan penghakiman terus LHDN terhadap Nazifuddin, yang merupakan seorang ahli perniagaan.
Penghakiman terus ialah apabila mahkamah memutuskan kes tertentu melalui hujahan tanpa mendengar keterangan saksi dalam perbicaraan.
Pada 8 Ogos tahun lalu, Malaysiakini melaporkan bahawa LHDN memfailkan saman tersebut untuk mendapatkan semula RM37.6 juta yang didakwa cukai yang tidak dibayar Nazifuddin bagi tahun taksiran dari 2011 hingga 2017.
Dalam keputusannya, Zaidi berkata permohonan LHDN akan dibenarkan kerana plaintif berjaya menunjukkan tuntutan cukai adalah jelas dan nyata.
Beliau berkata, ia terutamanya memandangkan saman itu bertujuan menuntut cukai yang tidak dibayar bagi tahun taksiran dari 2011 hingga 2017, termasuk penalti.
Katanya, kes itu jelas menunjukkan notis taksiran untuk tahun-tahun tersebut diserahkan kepada Nazifuddin dan dia kemudiannya telah memfailkan permohonan penaksiran semula dengan pesuruhjaya khas cukai pendapatan (PKCP).
Katanya lagi, jika Nazifuddin tidak berpuas hati dengan keputusan rayuan dengan PKCP, dia masih boleh membawa perkara itu ke mahkamah.
“Saya dapati defendan gagal menunjukkan isu yang boleh dibicarakan (triable) atau ada pembelaan merit. Berdasarkan fakta, kes ini jelas dan nyata, maka mahkamah membenarkan permohonan (LHDN) untuk penghakiman terus,” katanya.
Beliau kemudian menetapkan RM10,000 sebagai kos.
Ketika ditemui selepas prosiding, peguam Nazifuddin, Muhammad Farhan Muhammad Shafee mengesahkan anak guamnya perlu membayar RM37.6 juta kepada LHDN susulan arahan mahkamah itu.
Bagaimanapun, Farhan berkata dia akan berbincang dengan Nazifuddin dahulu sama ada untuk memohon penangguhan di Mahkamah Rayuan.
Nazifuddin tidak hadir dalam perbicaraan hari ini.
THE THIRD FORCE
NOTA: SAYA MEMBUAT PENGUMUMAN-PENGUMUMAN PENTING DARI MASA KE SEMASA EKSKLUSIF MENERUSI SALURAN TELEGRAM BERIKUT:
