Najib beri keterangan dua jam berhubung dakwaan fitnah Nga Kor Ming

Najib tiba di Bukit Aman pada jam 11 pagi tadi, selepas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed pada 9 Oktober lalu memaklumkan Ahli Parlimen Pekan itu mungkin dipanggil memberi keterangan berhubung kes berkenaan. Sumber (gambar): TTF

Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak memberi keterangan hampir dua jam kepada polis berhubung dakwaan mengeluarkan kenyataan berbaur fitnah terhadap Pengerusi DAP Perak, Nga Kor Ming.

Pada 8 Oktober, Kor Ming yang juga Timbalan Speaker Dewan Rakyat menggesa polis menyiasat Facebook (FB) ‘Najib Razak’ susulan hantaran didakwa berbaur fitnah ke atasnya yang dimuat naik di akaun FB itu pada 30 September lalu.

Ketika ditemui media selepas memberi keterangan, Najib berkata, tujuan beliau dipanggil adalah berhubung kenyataan menerusi FB miliknya yang dimuat naik pada 30 September berkaitan isu dikeluarkan dalam laman FB ‘Nga Kor Ming Super Fans’.

Ada beberapa soalan tidak dapat saya dedahkan kerana khuatir menjejaskan siasatan. Setakat ini saya sudah berikan kerjasama sepenuhnya kepada polis dan serahkan kepada mereka untuk menilai dan membuat siasatan selanjutnya,” katanya.


KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak memberi keterangan hampir dua jam kepada polis berhubung dakwaan mengeluarkan kenyataan berbaur fitnah terhadap Pengerusi DAP Perak, Nga Kor Ming.

Najib tiba di Bukit Aman pada jam 11 pagi tadi, selepas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed pada 9 Oktober lalu memaklumkan Ahli Parlimen Pekan itu mungkin dipanggil memberi keterangan berhubung kes berkenaan.




Pada 8 Oktober, Kor Ming yang juga Timbalan Speaker Dewan Rakyat menggesa polis menyiasat Facebook (FB) ‘Najib Razak’ susulan hantaran didakwa berbaur fitnah ke atasnya yang dimuat naik di akaun FB itu pada 30 September lalu.

Ia berkaitan isu penghinaan terhadap Sultan Selangor membabitkan tanda jalan yang dimuat naik dalam FB ‘Nga Kor Ming Super Fans’.

Pengerusi DAP Perak itu menganggap tindakan Najib sebagai cubaan merosakkan namanya serta menghasut rakyat membencinya serta DAP.

Ketika ditemui media selepas memberi keterangan, Najib berkata, tujuan beliau dipanggil adalah berhubung kenyataan menerusi FB miliknya yang dimuat naik pada 30 September berkaitan isu dikeluarkan dalam laman FB ‘Nga Kor Ming Super Fans’.

“Mereka (polis) menyoal saya mengenai kenyataan yang saya keluarkan dalam FB saya. Tujuan saya berbuat demikian dan apa jawapan balas saya terhadap sebarang komen maklum balas.

“Namun ada beberapa soalan tidak dapat saya dedahkan kerana khuatir menjejaskan siasatan. Setakat ini saya sudah berikan kerjasama sepenuhnya kepada polis dan serahkan kepada mereka untuk menilai dan membuat siasatan selanjutnya,” katanya.

Bekas Perdana Menteri yang selesai merakam kenyataan pada jam 12.40 tengah hari, hadir ke Bukit Aman bersama peguamnya.

Pada masa ini, Najib berkata, polis tidak bercadang memanggilnya semula, namun beliau bersedia berbuat demikian sekiranya diperlukan.

Sementara itu, Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Pendakwaan dan Undang-Undang (D5), Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner Mior Faridalathrash Wahid, memberitahu siasatan ke atas Najib dibuat mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan kerana memfitnah.

Note: Sila klik butang “notification” untuk dapatkan pemberitahuan setiap kali artikel diterbitkan

Sumber:



Your donation is much appreciated and will go a long way towards helping us serve you better. Click the donate button below to make a contribution (you don’t need a Paypal account to donate through Paypal, simply follow the instructions once you click the button).


FOLLOW US ON TELEGRAM AND TWITTER:

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen (click here)

TELEGRAM: Rosdzaman Dato’ Hj Mohd Yusup

TELEGRAM: Norismail Sarbini

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen (click here)

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com



Your donation is much appreciated and will go a long way towards helping us serve you better. Click the donate button below to make a contribution (you don't need a Paypal account to donate through Paypal, simply follow the instructions once you click the button).


SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...