Najib, cuba jelaskan bukti manipulasi ini kepada penyokong Bossku

Raggie Jessy Rithaudeen

نجيب، چوبا جلسكن بوقتي مانيڤولاسي اين كڤد ڤڽوكوڠ بوسسكو

Sertai saluran Telegram TTF di sini

Bandingkan kenyataan Najib Rabu lalu (15hb September 2021) di Dewan Rakat (atas) dan kenyataannya pada 23hb November 2018 di Facebook (bawah), dan cuba jelaskan samada benar Datuk Seri Najib Tun Razak menipu dan memainkan propaganda palsu untuk burukkan kerajaan pimpinan Tun Dr Mahathir Mohamad:

Laporan memetik kenyataan Najib pada 15hb September 2021:

Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, Malaysia mesti mengikut trend semasa dalam tukaran matawang kripto (crypto currency) yang ketika ini mencecah nilai kira-kira AS$2 trilion dengan Bitcoin mempunyai hampir AS$1 trillion di seluruh dunia.




Beliau berkata, sasaran yang perlu dilaksanakan adalah untuk membawa aset kripto melabur di dalam negara bukan untuk rakyat Malaysia membawa keluar.

“Bayangkan jika Malaysia berjaya menawan lima peratus sahaja daripada nilai AS$2 trilion aset kripto dunia? Ini bersamaan dengan pengaliran dana asing sebanyak AS$100 bilion atau RM410 bilion yang boleh memanfaatkan negara.

“Siapa cepat, dia dapat. Pada zaman pandemik ini, banyak negara dalam dunia sedang menuju ke arah pendekatan yang lebih berani seperti negara Switzerland, Singapura, Australia dan Korea.

“Kita jangan lambat untuk merebut peluang. Untuk memaklumkan kepada dunia, ‘Malaysia is Back’,” katanya pada perbahasan titah ucapan Yang di-Pertuan Agong pada Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Parlimen ke-14 hari ini.

Kenyataan Najib pada 23hb November 2018:

Urus niaga matawang kripto tidak mempunyai sistem kawal selia oleh pihak berkuasa kewangan dan pengguna akan terdedah kepada pelbagai risiko.

Sehinggakan ada yang mengalami kerugian, ada yang menjadi mangsa skim penipuan.

Baru-baru ini, timbul pula seorang Menteri yang tidak tahu pun mengenai MRT kita tetapi mahu laksanakan matawang kripto Harapan Coin (projek dia dengan rakan-rakan) yang mungkin digunakan dalam transaksi kerajaan.

Loading...

Beratus bilion transaksi dengan Kerajaan, saudara-saudari.

Ada juga syarikat-syarikat swasta mahu hasilkan matawang kripto mereka sendiri seperti matawang kuda.

Sesiapa yang berminat menggunakan matawang kripto perlulah faham risikonya

a) harga tidak stabil malah nilainya boleh susut berpuluh peratus

b) terdedah kepada serangan siber (ada yang kehilangan berjuta dolar kerana ini dan tidak dapat kembali).

c) penipuan juga boleh berlaku di pasaran dan pemegang matawang kripto tidak ada perlindungan

Dengan halatuju Kerajaan baharu ini, saya bimbang ia akan menimbulkan kesan negatif yang besar terhadap rakyat selain ancaman kepada kestabilan pasaran kewangan hari ini.

Bank Negara Malaysia dan Suruhanjaya Sekuriti perlu berhati-hati dalam segala garis panduan dan pelaksanaan undang-undang dalam hal matawang kripto.

Fikirkanlah rakyat dan negara.

Esok saya berkongsi lagi dengan rakan-rakan Facebook mengenai penipuan matawang kripto.

WAJIB BACA:

Jangan terkejut jika DAP tiba-tiba masuk perjanjian dengan Kluster Mahkamah



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...