Najib dakwa rakaman audio melibatkan beliau dan Rosmah haram, tidak sah

Pada sidang media khas di Purajaya, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Latheefa Koya, memperdengarkan klip audio berkaitan perbualan berkaitan kes skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan SRC International Sdn Bhd. Sumber (gambar): TTF

نجيب دعوا رقمن اءوديو مليبتكن بلياو دان روسمه حرام، تيدق سه

Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mendakwa klip-klip audio yang dibongkarkan oleh pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia pagi tadi haram, tidak sah dan tanpa menurut “rule of law.”

Najib mendakwa rakaman tersebut perlu disahkan sebagai sahih serta disahkan mematuhi undang-undang termasuk adakah wujudnya niat jahat atau mala fide ketika rakaman dibuat sebelum digunakan sebagai bukti mahkamah terlebih dahulu.

Najib kemudian mempersoal sebab rakaman tersebut dibongkarkan sedangkan rakaman yang melibatkan pemimpin tertinggi serta kerabat raja negara asing dan rakaman untuk kes yang bukan di bawah bidang kuasa SPRM tetapi PDRM.

Dalam salah satu klip audio, kedengaran suara isteri Najib, Datin Seri Rosmah Mansor, menjerit dan memberi ‘arahan’ kepada Najib dalam hal-hal melibatkan SPRM dan 1MDB.


PETALING JAYA: Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mendakwa klip-klip audio yang dibongkarkan oleh pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia pagi tadi haram, tidak sah dan tanpa menurut “rule of law.”

Pada sidang media khas di Purajaya, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Latheefa Koya, memperdengarkan klip audio berkaitan perbualan berkaitan kes skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan SRC International Sdn Bhd.




Antaranya, rakaman percakapan bekas Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Dzulkifli Ahmad, mendedahkan maklumat siasatan mengenai skandal dana 1MDB kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, pada 2016.

Latheefa berkata, semua rakaman percakapan yang didedahkan SPRM didakwa berlaku pada 2016, dan hasil siasatan setakat ini mendapati ia adalah tulen.

Najib mendakwa rakaman tersebut perlu disahkan sebagai sahih serta disahkan mematuhi undang-undang termasuk adakah wujudnya niat jahat atau mala fide ketika rakaman dibuat sebelum digunakan sebagai bukti mahkamah terlebih dahulu.

Walaubagaimanapun, beliau turut berkata peguamnya bercadang untuk meminta pihak SPRM menyerahkan rakaman tersebut sebagai bukti pembelaaan dalam kes Mahkamah beliau.

Najib turut mempersoal sebab rakaman tersebut dibongkarkan sedangkan rakaman yang melibatkan pemimpin tertinggi serta kerabat raja negara asing dan rakaman untuk kes yang bukan di bawah bidang kuasa SPRM tetapi PDRM.

“Kenapa SPRM menghina mahkamah semasa kes 1MDB sedang dibicarakan? Apakah SPRM kini sudah menjadi mahkamah?

“Dan ianya tidak dikemukakan sebagai bukti di mahkamah, kenapa nama Jho Low tidak disebut walaupun PH tuduh saya dan Jho Low bersuhabat, kenapa tiada rakaman antara saya dengan Jho Low atau kenapa SPRM hanya dedah 45 minit dari rakaman 50 minit,” tanya Najib.

Loading...

Dalam salah satu klip audio, kedengaran suara isteri Najib, Datin Seri Rosmah Mansor, menjerit dan memberi ‘arahan’ kepada Najib dalam hal-hal melibatkan SPRM dan 1MDB.

THE THIRD FORCE

 



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...