
نجيب ددعوا مراسميكن فوروم ءايكونومي چينا سدونياء ڤلسو
DATUK Seri Najib Razak didakwa merasmikan forum World Chinese Economic Forum (WCEF) “fake” Isnin lalu.
Perkara itu dinyatakan penganjur WCEF yang ‘sebenar’, Tan Sri Lim Kim Yew yang menyifatkan kejadian hari ini amat memalukan.
Mengulas lanjut, Kim Yew menjelaskan, majlis WCEF sebenar telah diadakan beberapa minggu lalu, dihadiri Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Yang Di-Pertua Pulau Pinang, Datuk Seri Ahmad Puzi Abdul Razak.
“Pada 16 Disember 2021, kami baru sahaja selesai menganjurkan “Global Chinese Economic and Technology Summit” dengan jayanya. Ia telah diadakan di Hotel Shangri-La Rasa Sayang, Pulau Pinang.
“Ucaptama telah disampaikan Perdana Menteri dan majlis ini dirasmikan oleh Yang Di-Pertua Pulau Pinang.”
DATUK Seri Najib Razak didakwa merasmikan forum World Chinese Economic Forum (WCEF) “fake” Isnin lalu.
Perkara itu dinyatakan penganjur WCEF yang ‘sebenar’, Tan Sri Lim Kim Yew yang menyifatkan kejadian hari ini amat memalukan.
“Saya berasa sangat malu apabila teman-teman bertanya sama ada saya telah menjemput bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak untuk merasmikan World Chinese Economic Forum (WCEF) pada 27 Disember 2021.
“Saya ingin menjelaskan dan menegaskan bahawa WCEF yang dianjurkan ini tidak ada kaitan dengan saya,” katanya dalam kenyataan hari ini.
BACA JUGA: BEKAS PEMBANTU TAN SRI KHALID IBRAHIM DEDAH PENIPUAN NAJIB
Mengulas lanjut, Kim Yew menjelaskan, majlis WCEF sebenar telah diadakan beberapa minggu lalu, dihadiri Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Yang Di-Pertua Pulau Pinang, Datuk Seri Ahmad Puzi Abdul Razak.
“Pada 16 Disember 2021, kami baru sahaja selesai menganjurkan “Global Chinese Economic and Technology Summit” dengan jayanya. Ia telah diadakan di Hotel Shangri-La Rasa Sayang, Pulau Pinang.
“Ucaptama telah disampaikan Perdana Menteri dan majlis ini dirasmikan oleh Yang Di-Pertua Pulau Pinang.
“Saya berharap pernyataan ini adalah jelas dan menjelaskan kedudukan yang sebenar,” katanya.
Kim yew berkata, beliau sebelum ini mendapat tahu satu forum dinamakan “WCEF” akan diadakan pada 27 Disember.
“Penganjur bukan sahaja menamakan majlis ini sebagai “WCEF”, malah menggunakan gambar-gambar WCEF kami pada tahun-tahun lalu. Ini suatu perkara amat tidak wajar.
“Malah mereka telah menjemput seorang bekas Perdana Menteri yang telah disabitkan kesalahan oleh Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan,” katanya.
Sumber:
WAJIB BACA:
Kantoi lagi: Fitnah kononnya Mahathir rasis melantun balik kat Najib – Orang Cina bukan bodoh
