Najib dilaporkan Malaysiakini sumpah laknat dalam Mahkamah ketika prosiding kes SRC

Menurut laporan Malaysiakini, Najib menegaskan terdapat keterangan lisan dan bertulis di mahkamah bahawa tidak terdapat tawaran dan tidak disebut mengenai pertemuan berkaitan hal suapan itu. Sumber (gambar): Fail TTF

نجيب دلاڤوركن مليسياكيني سومڤه لعنة كتيك ڤروسيديڠ كيس سرچ

Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini dilaporkan bersumpah laknat, kali ini di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, ketika memberi keterangan untuk menunjukkan beliau tidak tahu mengenai RM42 juta yang disalurkan ke akaunnya.

Najib semalam dilapor telah melafazkan sumpah sama semasa pemeriksaan balas peguam bela Farhan Read. 

Farhan meminta Najib memperjelaskan penafiannya bahawa beliau mengarahkan bekas ketua pegawai eksekutif (CEO) SRC International CEO Nik Faisal Ariff Kamil untuk memindahkan RM42 juta ke dalam akaunnya.

Najib sebelum ini pernah melafazkan sumpah sama bagi menafikan dakwaan pembabitannya dalam kes pembunuhan wanita Mongolia Altantuya Shaariibuu.


PETALING JAYA: Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini dilaporkan bersumpah laknat, kali ini di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, ketika memberi keterangan untuk menunjukkan beliau tidak tahu mengenai RM42 juta yang disalurkan ke akaunnya.

“Sebagai seorang Islam, wallahi, wabillahi, watallahi, saya tidak pernah meminta suapan dan saya tidak tahu bahawa RM42 juta disalurkan ke akaun saya pada masa itu,” katanya semasa pemeriksaan semula oleh peguam Muhammad Shafee Abdullah.




Menurut laporan Malaysiakini, Najib menegaskan terdapat keterangan lisan dan bertulis di mahkamah bahawa tidak terdapat tawaran dan tidak disebut mengenai pertemuan berkaitan hal suapan itu.

Najib menambah, sebarang cubaan untuk melakukan kesalahan tersebut adalah tidak masuk akal dan sesuatu yang bodoh.

“Ia tidak pernah berlaku, dan untuk mencadangkan bahawa sebagai perdana menteri saya terlibat dalam sesuatu seperti itu adalah tidak munasabah.

“Dan saya katakan, saya tidak begitu bodoh untuk meminta suapan seperti itu dan yang boleh dikesan,” kata anggota parlimen Pekan.

Najib semalam dilapor telah melafazkan sumpah sama semasa pemeriksaan balas peguam bela Farhan Read.

Farhan meminta Najib memperjelaskan penafiannya bahawa beliau mengarahkan bekas ketua pegawai eksekutif (CEO) SRC International CEO Nik Faisal Ariff Kamil untuk memindahkan RM42 juta ke dalam akaunnya.

Najib sebelum ini pernah melafazkan sumpah sama bagi menafikan dakwaan pembabitannya dalam kes pembunuhan wanita Mongolia Altantuya Shaariibuu.

Loading...

THE THIRD FORCE



Your donation is much appreciated and will go a long way towards helping us serve you better. Click the donate button below to make a contribution (you don't need a Paypal account to donate through Paypal, simply follow the instructions once you click the button).


SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...