“Menurut sumber yang sama, sekumpulan Laskar Siber yang berkait rapat dengan Najib turut merupakan penyokong tegar Anwar, sekaligus membuktikan apa yang saya katakan selama ini berhubung pergerakan rahsia “Laskar Siber tajaan Rosmah” yang menekankan perlunya UMNO bekerjasama dengan Anwar”
Raggie Jessy Rithaudeen
Datuk Seri Najib Tun Razak disahkan penyokong tegar presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim sepertimana yang saya dakwa selama ini.
Sebelum ini, saya menerbitkan beberapa naratif yang mejelaskan secara terperinci bagaimana Najib cuba bersekongkol dengan Anwar sebelum Pilihan Raya Umum ke-13, ke-14 (ketika Anwar berada dalam penjara) dan sekali lagi sebaik selepas Barisan Nasional kecundang di Pilihan Raya Umum ke-14.
Saya turut mengesahkan bahawa Najib memasuki satu gencatan politik bersama presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, di mana kedua-dua mereka bersetuju untuk mencalonkan Anwar sebagai Perdana Menteri seandainya Barisan Nasional berjaya membentuk kerajaan bersama-sama PKR dan parti-parti politik lain yang berkaitan, termasuk DAP.
Sebentar tadi, dua sumber dalaman UMNO mengesahkan kepada TTF laporan Malaysiakini yang mendakwa, Najib mengejutkan ahli-hali parlimen Barisan Nasional di Kuala Lumpur petang tadi apabila menekankan perlunya gabungan itu menyokong Anwar sebagai Perdana Menteri.
Menurut laporan tersebut, cadangan itu dibuat dengan alasan perlunya keseimbangan dalam jawatan dalam kerajaan kini tetapi tidak diterima oleh sebahagian besar ahli-ahli parlimen yang hadir.
Ini sekaligus mengesahkan dakwaan saya bahawa Anwar tidak disokong oleh majoriti ahli-ahli parlimen dari UMNO, khususnya Team B yang diterajui oleh Tengku Razaleigh Hamzah.
Menurut Malaysiakini, seorang ahli parlimen yang enggan didedahkan identitinya berkata, cadangan Najib itu tidak dapat diterima akal kerana mereka berpendapat, menyokong Anwar bermakna menerima DAP sebagai kerajaan.
“Masakan cadangan yang seperti tidak masuk akal mampu untuk diterima oleh akar umbi Umno kerana ahli-ahli Umno diberitahu sebelum ini bahawa Umno menyokong penubuhan kerajaan Perikatan Nasional (PN) kerana tidak mahu DAP menjadi sebahagian kerajaan.
“Takkanlah BN – terutama Umno – mahu untuk bersama dengan DAP dalam kerajaan, kerana bukan saja ideologi perjuangan kedua-dua parti berbeza, malah ahli-ahli antara kedua-dua parti akan bercelaru,” katanya.
Team A diwakili sembilan hingga sebelas ahli parlimen yang mempercayai Najib, manakala Team B diwakili 25 ahli parlimen yang tidak fikir Najib, Zahid dan sekutu mereka harus dibenarkan terus menguasai UMNO.
Beberapa minggu lalu, Zahid secara rahsia memberikan surat sokongan Barisan Nasional kepada Anwar tanpa merujuk terlebih dahulu kepada ahli-ahli parlimen UMNO, MCA dan MIC serta majlis-majlis kepimpinan tertinggi UMNO dan Barisan Nasional.
Surat sokongan ini menyebabkan Anwar begitu teruja sehingga beliau berani membuat sidang media untuk mengumumkan sokongan majoriti terhadapnya, berbekalkan keyakinan bahawa DAP dan AMANAH akan bersetuju untuk bekerjasama dengan UMNO secara en bloc.
Menurut sumber yang sama, sekumpulan Laskar Siber yang berkait rapat dengan Najib turut merupakan penyokong tegar Anwar, sekaligus membuktikan apa yang saya katakan selama ini berhubung pergerakan rahsia “Laskar Siber tajaan Rosmah” yang menekankan perlunya UMNO bekerjasama dengan Anwar.
NOTA: SAYA MEMBUAT PENGUMUMAN-PENGUMUMAN PENTING DARI MASA KE SEMASA EKSKLUSIF MENERUSI SALURAN TELEGRAM BERIKUT:
