Najib disalahkan kerana manifesto PH gagal

Tun Carlos

Perdana Menteri Tun Dr Mahathir disifatkan telah berjaya memberitahu kepada rakyat di Kedah bahawa bekas Perdana Menteri DS Najib adalah seorang pencuri dan penyangak.




Di dalam ceramah Jelajah Malaysia Baru pada malam Sabtu di Alor Setar Kedah, Tun M memberitahu satu rahsia kepada hadirin bahawa DS Najib Razak telah gagal untuk melakukan huru-hara ketika BN kalah pada 9 Mei yang lalu kerana rakyat telah memberi undi yang besar kepada PH.

Tun M juga memberitahu bahawa kerajaan telah bejaya merampas dan ingin menjual kapal Equanimity untuk membayar hutang yang telah dicuri oleh Najib.

READ HERE: Tommy Thomas, Mahathir and Equanimity – the con job of the century

RAKYAT BERASA LEGA DENGAN PH

Tun M memberitahu semua rakyat di Malaysia telah merasa nikmat dan lega setelah PH menjadi kerajaan. Negara kita ini juga katanya terus menjalankan pemerintahan yang tidak seperti DS Najib.

Tetapi katanya kerosakan yang dilakukan DS Najib tidak sama seperti apa yang Pakatan Harapan bayangkan. DS Najib telah merosakkan semua kewangan negara sehingga berhutang sehingga 1 Trillion ringgit.

Tun M memberitahu bahawa segala Jabatan Kerajaan dan Kementerian juga dirosakkan. DS Najib telah menghasut dan mempergunakan pegawai-pegawai tinggi supaya berkempen untuk Barisan Nasional.

Oleh sebab itu Kerajaan agak lambat melakukan kerja kerana terpaksa mengambil masa untuk “membersihkan” pegawai-pegawai ini.

Loading...

Katanya lagi walaupun DS Najib masih belum dibicarakan di Mahkamah mengenai semua skandal kewangan beliau, “mahkamah Rakyat” telah awal-awal menghukum Najib pada 9 Mei lalu.

Tun Mahathir juga berjaya memberitahu hadirin bahawa isteri “penyangak” iaitu DS Rosmah Mansur mempunyai beratus-ratus utas subang sehingga tak cukup telinga memakainya. Beg tangan DS Rosmah juga terpaksa dibawa dengan menggunakan kereta kerana tak cukup untuk dibimbit dengan tangan.

Tun M juga menyatakan kehairanan kerana masih ada golongan cerdik pandai dan ahli akademik yang menyokong Ds Najib. Oleh itu, golongan-golongan ini telah dibuang dari kerja mereka.

Beliau juga berkata Pakatan Harapan mempunyai perancangan untuk membuka banyak peluang pekerjaan untuk rakyat supaya rakyat menjadi kaya.

“Percayalah, kita akan diselamatkan kalau kita bersabar dan memberi masa sedikit untuk kami melaksanakan dasar-dasar dan tindakan-tindakan untuk memulih semula negara kita ini.” ujar Tun M sambil mendapat tepukan yang gemuruh dari hadirin yang berada di barisan hadapan.



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...