Najib failkan saman terhadap Shukri Abdull, Tommy Thomas dan Amar Singh atas dakwaan bersikap prejudis

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Tun Razak dilaporkan telah mengemukakan saman terhadap tiga individu tertinggi dalam kerajaan termasuk Peguam Negara, Tommy Thomas, atas dakwaan bersikap prejudis kepada bekas Perdana Menteri itu semasa siasatan berkaitan syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dijalankan.




Menurut laporan Reuters hari ini, dua lagi individu ialah Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Mohd Shukri Abdull dan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Seri Amar Singh Ishar Singh.

Tiga saman itu difailkan minggu lalu, namun maklumat mengenai perkara tersebut hanya didedahkan kepada Reuters, kelmarin.

Menurut Badrul Abdullah yang mengetuai firma guaman mewakili Najib, saman itu dibuat berdasarkan beberapa kenyataan oleh tiga individu tersebut sebelum ini.

“Kami mahu mendapatkan keputusan mahkamah tentang sama ada terdapat unsur-unsur konflik kepentingan antara individu yang mengendalikan kes ini atau tidak,” katanya kepada Reuters.

Sumber: Utusan Online



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...