
نجيب: جهو لوو واكيل كلوارڬ دراج عرب سعودي، ايت فكتا
Datuk Seri Najib Razak tidak memeriksa identiti pemilik syarikat Tanore Finance Corp, iaitu syarikat yang menerima wang AS$620 juta dipulangkan bekas perdana menteri itu hasil lebihan ‘derma’ daripada Arab Saudi yang diterimanya.
Najib berkata beliau tidak memeriksa pemilik syarikat itu adalah keluarga diraja Arab Saudi atau sebaliknya kerana ahli perniagaan dalam buruan, Low Taek Jho atau lebih dikenali dengan nama Jho Low adalah ‘saluran’ kepada keluarga diraja.
Timbalan Pendakwa Raya, Datuk V Sithambaram kemudian menyoal dengan kebih lanjut bagaimana Najib mengetahui secara peribadi bahawa Jho Low sememangnya dilantik sebagai wakil oleh keluarga diraja Arab Saudi.
Peguam itu mencadangkan sama ada keluarga diraja Arab Saudi ‘meletakkan’ beliau dan Jho Low bersama-sama dalam sebuah bilik dan memaklumkan ahli perniagaan itu adalah wakil yang dilantik.
Najib kemudian menjawab, “saya tahu ia adalah fakta.”
KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak tidak memeriksa identiti pemilik syarikat Tanore Finance Corp, iaitu syarikat yang menerima wang AS$620 juta dipulangkan bekas perdana menteri itu hasil lebihan ‘derma’ daripada Arab Saudi yang diterimanya.
Najib berkata beliau tidak memeriksa pemilik syarikat itu adalah keluarga diraja Arab Saudi atau sebaliknya kerana ahli perniagaan dalam buruan, Low Taek Jho atau lebih dikenali dengan nama Jho Low adalah ‘saluran’ kepada keluarga diraja.
Najib yang menjawab soalan balas Timbalan Pendakwa Raya, Datuk V Sithambaram pada perbicaraan kes pecah amanah, rasuah dan pengubahan dana RM42 juta SRC International Sdn Bhd, berkata Jho Low dilantik sebagai wakil oleh keluarga diraja terbabit.
Disoal Sithambaram apakah yang dimaksudkan dengan wakil itu, Najib berkafa Jho Low berurusan dengan Putera Turki (Putera Arab Saudi, Turki bin Abdullah Al Saud).
Najib berkata, terdapat artikel mengenai pemilik syarikat Tanore dan beliau tidak tahu mengenainya pada ketika itu.
Sithambaram mencadangkan kepada Najib bahawa Tanore bukan dimiliki oleh keluarga diraja Arab Saudi, yang dijawab, “Saya tidak boleh sahkan.”
Sithambaram kemudian menyoal dengan kebih lanjut bagaimana Najib mengetahui secara peribadi bahawa Jho Low sememangnya dilantik sebagai wakil oleh keluarga diraja Arab Saudi.
Peguam itu mencadangkan sama ada keluarga diraja Arab Saudi ‘meletakkan’ beliau dan Jho Low bersama-sama dalam sebuah bilik dan memaklumkan ahli perniagaan itu adalah wakil yang dilantik.
Najib kemudian menjawab, “saya tahu ia adalah fakta.”
Timbalan Pendakwa Raya itu sekali lagi mempersoalkan berhubung ‘wang derma’ yang didakwa diterima Najib, dengan mencadangkan bahawa wang diterima di antara tahun 2011 dan 2014 bukan diterima daripada keluarga diraja Arab Saudi.
Najib bagaimanapun tidak bersetuju dengan cadangan itu.
Sithambaram: Malangnya tiada kerabat diraja yang boleh mengesahkan perkara ini di mahkamah
Najib: Kita tidak dapat …susah untuk bawa mereka ke sini
Sithambaram: Saya rasa lagi baik tidak payah cuba bawa mereka ke mahkamah untuk menyokong cerita kamu?
Najib: Saya tidak setuju
Sumber:
