Najib kantoi, menteri UMNO sah terlibat keputusan guna dana KWAN beli vaksin

Najib lupa ceritakan penglibatan menteri UMNO dalam isu penggunaan dana KWAN untuk membeli vaksin. Sumber (gambar): Fail TTF

Raggie Jessy Rithaudeen

نجيب كنتوءي، منتري امنو صح ترليبت كڤوتوسن ڬونا دانا قوان بلي ۏكسين

TTF: Sertai saluran Telegram TTF di sini

Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini meneruskan serangannya terhadap kerajaan berhubung penggunaan dana Kumpulan Wang Amanah Negara (KWAN) bagi membiayai program vaksin Covid-19.

Dalam kenyataannya terkini, Najib menyifatkan penjelasan Menteri Kewangan, Tengku Zafrul Abdul Aziz mengenai alasan kerajaan menggunakan dana KWAN “sukar dipercayai”.




“Ini sememangnya sukar dipercayai perbelanjaan penting seperti vaksin tidak diperuntukkan dalam belanjawan kerajaan sebanyak RM310 bilion tahun lalu,” katanya kepada FMT sambil menambah beliau “terkejut” dengan penjelasan Tengku Zafrul.

“Peruntukan asal RM3 bilion tentu dilencongkan ke tempat lain.”

Sekali lagi, Najib cuba mengelirukan rakyat dengan memberi persepsi kononnya keputusan menggunakan dana KWAN merupakan keputusan kerajaan pimpinan Perikatan Nasional yang tidak ada sangkut pautnya dengan Barisan Nasional.

Hakikatnya, kerajaan persekutuan pada ketika ini diwakili oleh berbelas menteri dan timbalan menteri dari UMNO yang membuat keputusan kolektif sebelum mana-mana akta dipinda ketika Darurat, termasuk pindaan terbaharu yang membolehkan kerajaan menggunakan dana KWAN untuk membeli vaksin.

Najib turut lupa ceritakan penglibatan menteri UMNO dalam isu penggunaan dana KWAN untuk membeli vaksin.

Najib lupa cerita bahawa Khairy Jamaluddin hadir dalam mesyuarat kabinet yang membincangkan penggunaan dana tersebut sebelum pindaan ke atas Akta Kumpulan Wang Amanah Negara (KWAN) 1988 (Akta 339) diluluskan.

Malah, secara logik, pindaan berkenaan sudah pasti akan melibatkan kementerian Khairy dalam isu pembelian vaksin, dan sudah pasti perkara ini dibincangkan terlebih dahulu dengan Khairy sebelum keputusan dibuat.

Loading...

Sebelum ini, Najib pernah cuba kelirukan rakyat kononnya UMNO tidak mempunyai suara dalam perangkaan dan hala tuju kewangan dan ekonomi kerajaan.

Hakikatnya, Belanjawan 2021 yang dibentangkan tahun lalu merangkumi cadangan dari kementerian-kementerian yang diketuai oleh menteri-menteri UMNO yang turut mengambil bahagian dalam mesyuarat kabinet yang membincangkan belanjawan tersebut.

Justeru, bukan hanya UMNO mempunyai pernyataan besar dalam arah kewangan dan ekonomi kerajaan, UMNO sendiri menyokong peruntukan besar kepada JASA (dinamakan semula JKOM) dan segala pindaan akta ketika Darurat.

WAJIB BACA:

KANTOI: TAKTIK TERDESAK RACUNI PEMIKIRAN PENYOKONG MAHATHIR TERBONGKAR [VIDEO]



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...