Najib: Malaysia teriktiraf antarabangsa

PEKAN: Malaysia bukanlah negara yang dipandang rendah masyarakat antarabangsa – begitulah maksud tersirat dalam kata-kata Perdana Menteri Dato’ Seri Najib Tun Razak sewaktu merasmikan penutupan Ijtima’ Kepimpinan Organisasi Dalam Konteks Islam di Pekan hari ini.

Majlis tersebut, yang berlangsung di Dewan Amphitheater Bangunan UMNO, menyaksikan Perdana Menteri menghulurkan wang tunai dan barangan keperluan sumbangan UMNO Bahagian Pekan kepada masjid dan surau dalam Parlimen Pekan.




Menurut Najib, pengiktirafan Malaysia di arena antarabangsa sekaligus membolehkan rakyat menikmati pelbagai keistimewaan yang berkait langsung dengan agama dan ekonomi.

Katanya, pengiktirafan inilah yang membolehkan Malaysia berucap pada Sidang Kemuncak Negara-Negara Arab, Islam dan Amerika Syarikat baru-baru ini.

Menurutnya lagi, peluang ini hanya diberikan kepada lima dari 51 buah negara yang menghadiri siding kemuncak tersebut.

Antara keistimewaan lain yang dinikmati rakyat termasuk penambahan kuota haji oleh kerajaan Arab Saudi yang turut mewujudkan Pusat Keamanan Antarabangsa Raja Salman (KSCIP) di Malaysia.

Persetujuan yang dicapai bagi penubuhan pusat tersebut bersempena hubungan baik antara kerajaan Malaysia dengan kerajaan Arab Saudi pimpinan Raja Salman Abdulaziz Al-Saud.

Hubungan baik inilah yang membolehkan Malaysia menerima pelaburan bernilai RM31 bilion dari Saudi Arabian Oil Company (Saudi Aramco), sebuah syarikat carigali minyak yang beroperasi di Arab Saudi, China, Mesir, Jepun, India, Korea, Singapura, United Kingdom dan Amerika Syarikat.

“Ekonomi kita juga baik di mana untuk suku pertama tahun ini kita mencatatkan pertumbuhan 5.6 peratus manakala nilai mata wang kita juga mencatatkan prestasi terbaik di ASEAN.

Loading...

“Kejayaan ini kita pulangkan kepada rakyat antaranya pembayaran khas RM500 kepada penjawat awam dan RM250 kepada pesara sempena Aidilfitri dan Bantuan Rakyat Satu Malaysia (BR1M) pusingan kedua pada 5 Jun depan,” katanya lagi.



Your donation is much appreciated and will go a long way towards helping us serve you better. Click the donate button below to make a contribution (you don't need a Paypal account to donate through Paypal, simply follow the instructions once you click the button).


SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...