
Raggie Jessy Rithaudeen
نجيب، مچ ڤرلو برهنتي هيڤوكريت، نصيحت دولو ڤميمڤين باريسن ناسيونل يڠ كماروك كواس لڠڬر سوڤ
Parti komponen gabungan pemerintah MCA hari ini mendesak Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk menghukum mereka yang memegang jawatan dulu kerana melanggar SOP.
Jurucakap MCA, Mike Chong Yew Chuan, berkata adalah memalukan untuk mendakwa tidak wujud “politik darjat” jika menteri persekutuan tidak mematuhi peraturan dan tidak dikenakan hukuman.
Nasihat saya kepada Chong ialah untuk berhenti cuba menyucikan Barisan Nasional kerana gabungan itu turut bersekongkol dengan Muhyiddin dan Perikatan Nasional untuk cuba merampas beberapa kerajaan negeri dalam pada wabak covid-19 melanda.
Ini termasuklah konspirasi merampas kerajaan negeri Sabah pimpinan Datuk Seri Shafie Apdal yang menjurus kepada Pilihan Raya Negeri Sabah setelah Shafie terpaksa menasihati Yang Di-Pertua Negeri untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri.
Jika Barisan Nasional Sabah pimpinan Datuk Seri Bung Moktar tidak bersekongkol dengan Muhyiddin, sudah pasti Pilihan Raya Negeri Sabah tidak diadakan dan negara tidak akan mengalami lonjakkan mendadak dalam jumlah kes Covid-19.
Malangnya, disebabkan sikap kemaruk kuasa, wang dan kedudukan (WKK) pihak Bung Moktar dan kepimpinan UMNO pusat, rakyat terseksa dan terus menerus dihukum tatkala ahli-ahli politik dari Barisan Nasional sendiri bermaharajelela tanpa dikenakan hukuman setelah melanggar SOP.
Ini jelas dapat dilihat menerusi video-video dan gambar-gambar yang diambil ketika kempen Pilihan Raya di mana beberapa ahli politik UMNO terang-terang melanggar SOP ketika berada di lokasi kempen.
Justeru, saya turut menasihati Penasihat Umum Barisan Nasional Datuk Seri Najib Tun Razak untuk berhenti bersandiwara dan menasihati dulu pemimpin-pemimpin UMNO yang melanggar SOP, termasuk orang kuat Najib sendiri, daripada menuding jari terhadap orang lain dengan pelbagai tuntutan mengarut.
NOTA: SAYA MEMBUAT PENGUMUMAN-PENGUMUMAN PENTING DARI MASA KE SEMASA EKSKLUSIF MENERUSI SALURAN TELEGRAM BERIKUT:
