
نجيب مڠاكو ڤميمڤين امنو ترليبت درهاك تيته راج-راج ملايو
TTF: Sertai saluran Telegram TTF di sini
Datuk Seri Najib Razak mengaku bahawa ada pemimpin UMNO yang masih membisu atau sudah bersekongkol dengan mereka yang derhaka titah Raja-Raja Melayu dan sistem berparlimen demi kepentingan jawatan sendiri.
Menurut laporan, Najib berkata pemimpin sebegini tidak patut dicalonkan pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang kerana mereka akan ditolak rakyat yang sedang menderita sekalipun dicalonkan.
Jika benar Najib ikhlas dan taat kepada titah Raja-Raja Melayu, beliau seharusnya menegur Zahid yang menipu rakyat Malaysia kononnya UMNO beri notis 14 hari untuk Muhyiddin memanggil sidang parlimen.
Najib seterusnya perlu memberitahu Zahid untuk mengadakan mesyuarat Majlis Kepimpinan Tertinggi UMNO dan memutuskan pengunduran semua ahli parlimen UMNO dari kerajaan berkuatkuasa serta-merta.
PETALING JAYA: Datuk Seri Najib Razak mengaku bahawa ada pemimpin UMNO yang masih membisu atau sudah bersekongkol dengan mereka yang derhaka titah Raja-Raja Melayu dan sistem berparlimen demi kepentingan jawatan sendiri.
Menurut laporan, Najib berkata pemimpin sebegini tidak patut dicalonkan pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang kerana mereka akan ditolak rakyat yang sedang menderita sekalipun dicalonkan.
Namun, ‘pengakuan’ Najib tidaklah mengejutkan.
Semalam, TTF menulis (BACA PENDEDAHAN PENUH DI SINI):
Tindakan Tan Sri Muhyiddin Yassin melenggahkan sidang parlimen dan beberapa bentuk penghinaan lain terhadap Raja-Raja Melayu oleh kerajaan gandingan Perikatan Nasional dan Barisan Nasional akan memarahkan lagi akar umbi UMNO yang sudah meminta Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dari awal lagi untuk menarik sokongan Barisan Nasional kepada kerajaan.
Malah, tindakan Muhyiddin melenggahkan sidang parlimen mungkin juga menyebabkan Raja-Raja Melayu marah dengan UMNO, kerana segala keputusan kerajaan adalah keputusan kolektif menteri-menteri kabinet, termasuk berbelas menteri dan timbalan menteri dari UMNO.
Jika benar Najib ikhlas dan taat kepada titah Raja-Raja Melayu, beliau seharusnya menegur Zahid yang menipu rakyat Malaysia kononnya UMNO beri notis 14 hari untuk Muhyiddin memanggil sidang parlimen.
Najib seterusnya perlu memberitahu Zahid untuk mengadakan mesyuarat Majlis Kepimpinan Tertinggi UMNO dan memutuskan pengunduran semua ahli parlimen UMNO dari kerajaan berkuatkuasa serta-merta.
THE THIRD FORCE
WAJIB BACA:
Muhyiddin terus-menerus menghina maruah Raja-Raja Melayu tanpa segan silu
Loading...
