Datuk Seri Najib Tun Razak mempertahankan tindakan Datuk Seri Ahmad Maslan membayar kompaun berjumlah RM1.1 juta dan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur melepas dan membebaskan Ahli Parlimen Pontian tersebut.
Menerusi kenyataan Facebook, Najib berkata, orang yang tidak pernah didakwa atau melawan kes mahkamah tidak akan faham kos guaman, betapa banyak masa yang perlu untuk berjumpa dengan peguam serta menghadiri perbicaraan di mahkamah dan betapa lamanya kes mahkamah boleh berlangsung.
Ahmad Maslan dilepas dan dibebaskan atau tuduhan gagal mengisytiharkan RM2 juta yang diterima daripada Najib kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan memberi penyataan palsu kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Hakim Datuk Ahmad Shahrir Mohd Salleh memutuskan demikian selepas Timbalan Pendakwa Raya (TPR) Mohd Mukhzany Fariz Mohd Mokhtar memaklumkan mahkamah bahawa pihak pendakwaan menarik balik kedua-dua pertuduhan terhadap Ahmad Maslan berikutan tertuduh bersetuju membayar kompaun berjumlah RM1.1 juta, semalam.

“Sebab itu sebagai seorang ahli politik, RM1.1 juta yang dibayar Ahmad Maslan untuk selesaikan kes mungkin dianggap berbaloi oleh dia sebab mampu mengelakkan kos guaman, kos masa mahkamah serta pencalaran imej bertahun-tahun lamanya untuk dilabel tuduhan “kluster mahkamah”.
“Berhubung perkara ini, bagi pertahankan keadilan terhadap tertuduh serta menjimat kos guaman kedua-dua pihak, pejabat peguam negara kerajaan BN masa dahulu hanya akan mendakwa sebarang kes sekiranya cukup bukti dan kebarangkalian untuk menang kes adalah setinggi 90%,” katanya.
Najib turut memetik kes Liwat II Datuk Seri Anwar Ibrahim dan kes Banglo Lim Guan Eng dalam penghujahannya bagi menjelaskan tempoh lama proses perbicaraan.
“(Anwar) didakwa pada tahun 2008 dan selepas 7 tahun, dia hanya diputuskan bersalah di mahkamah persekutuan pada bulan Mei 2015.
“Satu lagi contoh ialah kes banglo Guan Eng. Dia didakwa di mahkamah pada bulan Mac 2016 dan perbicaraan diperingkat mahkamah tinggi telah bermula pada awal tahun 2018 sebelum kesnya digugurkan pada bulan September 2018.
“Itupun diperingkat mahkamah tinggi. Belum masuk mahkamah rayuan dan perseketuan.
Tanyalah sendiri. Adakah kamu ingin berdepan dengan masa yang dibazir, kos guaman dan kerisauan selama 7 hingga 13 tahun,” katanya.
Ahmad Maslan dilepas dan dibebaskan atau tuduhan gagal mengisytiharkan RM2 juta yang diterima daripada Najib kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan memberi penyataan palsu kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Hakim Datuk Ahmad Shahrir Mohd Salleh memutuskan demikian selepas Timbalan Pendakwa Raya (TPR) Mohd Mukhzany Fariz Mohd Mokhtar memaklumkan mahkamah bahawa pihak pendakwaan menarik balik kedua-dua pertuduhan terhadap Ahmad Maslan berikutan tertuduh bersetuju membayar kompaun berjumlah RM1.1 juta, semalam.
“Dalam membuat permohonan untuk tidak meneruskan pendakwaan terhadap tertuduh, TPR mengesahkan bahawa tertuduh tidak akan dihadapkan semula dengan pertuduhan-pertuduhan yang sama pada masa akan datang. Ini berikutan fakta bahawa tertuduh telah menerima tawaran kompaun dan menjelaskan bayaran kompaun tersebut.
“Berpandukan Seksyen 254 Kanun Prosedur Jenayah dan nas undang-undang yang diputuskan oleh Mahkamah Rayuan dalam kes Pendakwa Raya terhadap Ambika M A Shanmugam, mahkamah dengan ini memerintahkan agar tertuduh dilepas dan dibebaskan daripada pertuduhan pertama dan kedua.
“Semua tarikh bicara yang telah dijadualkan dilapangkan,” kata Hakim Ahmad Shahrir.
Terdahulu, Mohd Mukhzany Fariz memaklumkan kepada mahkamah bahawa pihak pendakwaan memohon supaya Ahmad dilepas tanpa dibebaskan (DNAA) atas kedua-dua pertuduhan itu.
“Sebelum pertuduhan ini dipertuduhkan ke atas tertuduh (Ahmad), tertuduh telah ditawarkan kompaun, bagaimanapun tertuduh pada asalnya tidak bersetuju untuk membayar kompaun tersebut.
“Selepas pertuduhan dibuat ke atas tertuduh, peguamnya menulis surat representasi dan setuju untuk membayar kompaun sebanyak RM1.1 juta. Oleh itu, SPRM dan AGC (Jabatan Peguam Negara) bersetuju dengan representasi tertuduh, maka dengan ini pihak pendakwaan bersetuju kes ini untuk DNAA, ” katanya.
THE THIRD FORCE
WAJIB BACA:
‘Kenapa Najib takut saman Clare Brown seperti Hadi Awang, Sultanah Terengganu?’