Najib Razak tiada ‘stature’ tegur Menteri Agama yang mulia

Mantan penyelaras parlimen Jasin Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan. Sumber (gambar): Fail TTF

Khairuddin Abu Hassan

نجيب رازق تياد ءستاتوريء تڬور منتري اڬام يڠ مليا

Apa yang kita tahu secara jelas YB senator Datuk Seri Zulkifli Mohamad Al-Bakri yakni menteri agama adalah seorang personaliti yang tawadduk, jujur, ikhlas, baik, bersih dan amanah tidak seperti Najib Razak yang terbukti di mahkamah merompak khazanah kerajaan serta duit rakyat ketika memimpin kerajaan kleptokrasi suatu masa dahulu.

Sesungguhnya, Najib Razak tidak ada ‘stature’ untuk menyindir menteri agama kita, perbezaan di antara Najib Razak dengan menteri agama dapatlah diibaratkan seperti ‘bumi dan langit’.

Najib Razak bukan lagi perdana menteri Malaysia tetapi YB Datuk Seri dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri adalah menteri agama masakini yang mempunyai pelbagai hak untuk berbincang dengan menteri kewangan kearah membaik-pulih seterusnya memantapkan lagi pentadbiran lembaga urusan Tabung Haji.




Menteri agama baru hendak berbincang dengan menteri kewangan; Najib Razak serta ketua pemuda umno sudah hendak ‘menyampuk’ menjaga ‘tepi kain orang’.

Semua pihak harus beri ruang kepada menteri agama untuk buat kerja bagi meningkatkan lagi prestasi Tabung Haji yang amat bermakna kepada keseluruhan umat islam di Malaysia.

Zaman kerajaan kleptokrasi dahulu Tabung Haji berada dalam keadaan yang tidak baik.

Malahan, di zaman kerajaan kleptokrasi pimpinan Najib Razak persoalan menyamun khazanah kerajaan serta duit rakyat berlaku secara berleluasa namun kalangan kleptokrats tetap mempertahankan mantan perdana menteri ini secara habis-habisan malahan sehingga hari sekarang.

YB senator menteri agama yang berkelulusan ijazah kedoktoran amat bijak jika hendak dibandingkan dengan Najib Razak yang tidak mempunyai sebarang ijazah.

Tolong jangan pandang rendah pada menteri agama kerana kelayakan akademik beliau pun jauh lebih tinggi dari Najib Razak.

Kalau sesiapa saja hendak buat sebarang komen mengenai cadangan pindaan akta tabung haji tolonglah sabar tunggu sehingga segalanya diputuskan secara rasmi terlebih dahulu.

Loading...

Kita harus yakin dan boleh sandarkan harapan pada menteri agama kerana beliau datang secara pakej yakni bijaksana, bersih, amanah, amat berkebolehan serta professional bagi menganjakkan Tabung Haji ke tahap yang lebih memberangsangkan.

YB senator menteri agama bukan ‘orang politik’ yang ‘kaki merapu’ dan ‘rakus kuasa’  tetapi beliau adalah bekas mufti yang amat amanah mengurus tadbir hal ehwal Agama Islam di tanahair kita.

Walaupun saya berada di pihak pembangkang pada masakini namun dalam masa yang sama kami amat menghormati kebolehan mahupun jatidiri mulia YB Datuk Seri senator dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri.

Yang benar tetap benar dan yang salah tetap salah tanpa kira apa saja fahaman ideologi politik seseorang itu.

Keseluruhan rakyat Malaysia amat yakin dengan kebolehan YB senator menteri agama meningkatkan lagi syiar Islam di negara kita yang tercinta ini.

Menteri agama boleh dipercayai kerana beliau bukan seorang politikus yang ‘rakus’ tetapi sesungguhnya YB senator Datuk Seri dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri adalah seorang tokoh keagamaan yang cukup mulia serta amanah yang mana setiap ummah boleh sandarkan harapan demi kesejahteraan syiar islam baik di negara kita mahupun sejagat.

NOTA: SAYA MEMBUAT PENGUMUMAN-PENGUMUMAN PENTING DARI MASA KE SEMASA EKSKLUSIF MENERUSI SALURAN TELEGRAM BERIKUT:



Your donation is much appreciated and will go a long way towards helping us serve you better. Click the donate button below to make a contribution (you don't need a Paypal account to donate through Paypal, simply follow the instructions once you click the button).


SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...