Najib: Saya amat kecewa dengan kehakiman kes SRC

Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali memerintahkan semua hukuman penjara terhadap Najib berjalan serentak, namun tiada denda dikenakan untuk pertuduhan pengubahan wang haram. Sumber (gambar): Fail TTF

نجيب: ساي امت كچيوا دڠن كهكيمن كيس سرچ

Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menyuarakan kekecewaan beliau terhadap keputusan penghakiman berhubung tuduhan membabitkan RM42 juta milik SRC International Berhad dan memaklumkan pasukan pembelaannya akan melakukan rayuan secepat mungkin. 

“Saya amat kecewa dengan kehakiman dalam kes SRC International Sdn Bhd kerana pihak kami, yang diketuai Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah serta barisan peguam yang lain memberi hujah yang boleh membawa kepada banyak keraguan dalam kes ini,” katanya.

Terdahulu, Najib dijatuhi hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta atas kesalahan salah guna kuasa berkaitan kes SRC International.

Bagi tiga kesalahan pecah amanah dan tiga lagi kesalahan pengubahan wang haram, setiap pertuduhan membawa hukuman penjara 10 tahun.


KUALA LUMPUR : Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menyuarakan kekecewaan beliau terhadap keputusan penghakiman berhubung tuduhan membabitkan RM42 juta milik SRC International Berhad dan memaklumkan pasukan pembelaannya akan melakukan rayuan secepat mungkin.

“Saya amat kecewa dengan kehakiman dalam kes SRC International Sdn Bhd kerana pihak kami, yang diketuai Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah serta barisan peguam yang lain memberi hujah yang boleh membawa kepada banyak keraguan dalam kes ini.




“Ia tidak diterima, namun demikian rayuan ke Mahkamah Rayuan akan dilakukan secepat mungkin dan saya berharap akan didengari dengan segera.

“Ini kerana saya ingin teruskan usaha untuk membersihkan nama saya dan saya akan teruskan perjuangan ini,” ujarnya pada sidang media selepas perbicaraan berakhir pada lewat petang Selasa di Kompleks Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Najib turut menjelaskan, ketika akhir perbicaraan beliau dibenarkan oleh Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali untuk memberikan sepatah dua kata.

Antara inti pati yang disuarakan Najib adalah pencapaian beliau sebagai Perdana Menteri sebelum ini dan sekali lagi mengulangi sumpah laknat (sebanyak dua kali) sebagai pengakuan tegas yang beliau tidak mengetahui, tidak meminta atau ditawarkan wang berjumlah RM42 juta ke dalam akaunnya.

Beliau pada masa berkata, pihaknya sentiasa positif dan percaya dirinya tidak bersalah.

“Kami sentiasa positif dan percaya kami tidak bersalah. Kami mempunyai hujah yang kuat tetapi apa yang perlu dilakukan ketika ini adalah untuk meyakinkan hakim di Mahkamah Rayuan.

“Pasukan kami yang diketuai oleh Shafee akan berikan yang terbaik untuk mendapatkan keputusan yang benar buat kami,” jelasnya.

Loading...

Terdahulu, Najib dijatuhi hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta atas kesalahan salah guna kuasa berkaitan kes SRC International.

Bagi tiga kesalahan pecah amanah dan tiga lagi kesalahan pengubahan wang haram, setiap pertuduhan membawa hukuman penjara 10 tahun.

Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali memerintahkan semua hukuman penjara berjalan serentak, namun tiada denda dikenakan untuk pertuduhan pengubahan wang haram.

Pertuduhan salah guna kuasa adalah di bawah Seksyen 23 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), manakala pertuduhan pengubahan wang haram adalah di bawah Akta Pengubahan Wang Haram (AMLA) 2001.

Ia selepas Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memutuskan bahawa Najib didapati bersalah terhadap tiga pertuduhan mendapatkan suapan RM42 juta apabila terlibat dalam keputusan bagi pihak kerajaan dalam memberikan jaminan kerajaan terhadap pinjaman berjumlah RM4 bilion daripada Kumpulan Wang Persaraan Diperbadankan (KWSP) kepada SRC International.

Sumber:

NOTA: SAYA MEMBUAT PENGUMUMAN-PENGUMUMAN PENTING DARI MASA KE SEMASA EKSKLUSIF MENERUSI SALURAN TELEGRAM BERIKUT:



Your donation is much appreciated and will go a long way towards helping us serve you better. Click the donate button below to make a contribution (you don't need a Paypal account to donate through Paypal, simply follow the instructions once you click the button).


SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...