Najib: Saya cuti sakit sehari, kenapa penyokong PH sakit hati sampai lapor polis?

Najib memuat naik sekeping gambar surat cuti sakitnya kira-kira jam 6 petang tadi di Facebook miliknya bersama tulisan, “Untuk menghentikan spekulasi, saya muat naik MC (surat cuti sakit) saya. Sumber (gambar): TTF

Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak memuat naik surat cuti sakitnya apabila ada penyokong Pakatan Harapan (PH) yang tidak berpuas hati sehingga melaporkan perkara tersebut kepada polis.

“Cuti sakit saya untuk satu hari sahaja iaitu untuk 31 Oktober 2019 (Khamis). Saya ke Tanjung Piai pada hari Jumaat (1 November). Bukan MC dua hari seperti yang dilaporkan kepada polis oleh penyokong PH untuk suruh polis siasat kenapa saya tidak berehat di rumah pada hari Jumaat.

Perkongsian Najib itu kini meraih 12,000 tanda suka dan ramai netizen mengecam tindakan yang dilakukan oleh penyokong PH di samping mendoakan mata Najib yang bengkak segera sembuh.

Semalam, satu laporan polis dibuat ke atas Najib oleh Setiausaha Agung NGO Pertubuhan Generasi Milenium, Mohd Faizal Karim yang mendakwa walaupun bekas perdana menteri cuti sakit daripada perbicaraannya di mahkamah tinggi pada Khamis lalu, namun beliau hadir ke Pontian sejak semalam (1 November).


SHAH ALAM: Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak memuat naik surat cuti sakitnya apabila ada penyokong Pakatan Harapan (PH) yang tidak berpuas hati sehingga melaporkan perkara tersebut kepada polis.

Najib memuat naik sekeping gambar surat cuti sakitnya kira-kira jam 6 petang tadi di Facebook miliknya bersama tulisan, “Untuk menghentikan spekulasi, saya muat naik MC (surat cuti sakit) saya.




“Cuti sakit saya untuk satu hari sahaja iaitu untuk 31 Oktober 2019 (Khamis). Saya ke Tanjung Piai pada hari Jumaat (1 November). Bukan MC dua hari seperti yang dilaporkan kepada polis oleh penyokong PH untuk suruh polis siasat kenapa saya tidak berehat di rumah pada hari Jumaat.

“Dah puas hati belum? Perbicaraan kes SRC sudah berlangsung 78 hari dan kes 1MDB dah 28 hari – iaitu sekurang-kurangnya 106 hari. Saya ambil cuti sakit kerana mata sakit sebanyak 3 hari dalam tempoh 106 hari ini, penyokong PH sakit hati pula sehingga membuat laporan polis.”

Bekas Presiden UMNO itu juga memuat naik posting kira-kira jam 3 petang tadi mempertikaikan penyokong PH menjadikan mata bengkaknya sebagai satu isu di Pilihan Raya Kecil (PRK) Tanjung Piai dan membuat laporan yang mengatakan saya tidak menghadiri perbicaraan di mahkamah

“Pada pukul 2.30 petang, peguam saya memberitahu bahawa saya tidak dapat hadir untuk petang itu dan hakim memutuskan prosiding akan sambung pada hari Isnin kerana kebiasaannya prosiding untuk kes saya memang tak dijalankan pada setiap hari Jumaat.

“Oleh kerana mata saya memulih sedikit, saya pun melawat ke Tanjung Piai pada hari Jumaat tetapi penyokong-penyokong PH tak puas hati dan mereka membuat laporan polis kenapa saya tak berehat di rumah pada hari Jumaat (walaupun MC saya adalah untuk hari Khamis sahaja).

“Saya nak maklumkan kepada penyokong-penyokong PH bahawa mata saya sakit, bukan buta dan saya masih mampu melihat. Takkan isu terbesar untuk PRK Tanjung Piai ialah jika mata saya sakit atau tidak?

“Apa yang perlu ditakut jika saya melawat ke Tanjung Piai sehingga laporan perlu dibuat untuk polis menyiasat kenapa saya tak berehat di rumah?” kata Najib di Facebooknya yang kini tular di media sosial.

Loading...

Perkongsian Najib itu kini meraih 12,000 tanda suka dan ramai netizen mengecam tindakan yang dilakukan oleh penyokong PH di samping mendoakan mata Najib yang bengkak segera sembuh.

“Mereka dah hilang akal untuk menyekat kebenaran yang terbukti. Ramai sangat rakyat nak bersama Datuk Seri setelah apa yang terbukti sehingga kini. Moga Datuk Seri Najib kembali menerajui negara jika diizinkan ALLAH,” kata Abu Zikeythaadh Abdul Razak

Azmi Ynwa pula menulis, “Teruskan semangat perjuangan. Pihak di sebelah sana dah mula goyang dengan kebangkitan Dato, semangat Dato. Insya-ALLAH rakyat sudah mula sedar dengan segala fitnah selama ini terhadap Dato. Sambutan rakyat di mana saja Dato berada buatkan pihak di sebelah sana tak senang duduk.”

Semalam, satu laporan polis dibuat ke atas Najib oleh Setiausaha Agung NGO Pertubuhan Generasi Milenium, Mohd Faizal Karim yang mendakwa walaupun bekas perdana menteri cuti sakit daripada perbicaraannya di mahkamah tinggi pada Khamis lalu, namun beliau hadir ke Pontian sejak semalam (1 November).

Menerusi laporan itu, pengadu menggesa siasatan ke atas najib dilakukan kerana berpendapat Najib perlu berehat di rumah dan mengapa Najib berada di Pontian sedangkan beliau sedang menjalani cuti sakit.

Sumber:



Your donation is much appreciated and will go a long way towards helping us serve you better. Click the donate button below to make a contribution (you don't need a Paypal account to donate through Paypal, simply follow the instructions once you click the button).


SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...