Najib: Saya tidak gunakan dana awam untuk beli hadiah Rosmah

Menjawab dakwaan penyelewengan dana RM42 juta, Najib berkata, tiada keterangan dikemukakan bahawa beliau meminta sebarang suapan dan tiada perbincangan lain membabitkan perkara itu ketika Jaminan Kerajaan dikeluarkan. Sumber (gambar): Fail TTF

Datuk Seri Najjb Razak mengakui pembelian seutas jam tangan mewah bernilai RM466,330.11 di butik Chanel, Honolulu, Amerika Syarikat (AS), dilakukan sempena ulang tahun kelahiran isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor pada Disember 2014.

“Saya berpandangan saya berhak menggunakan dana jika saya rasa perlu. Peguam saya menyediakan pecahan jumlah yang digunakan dalam akaun baharu termasuk perbelanjaan kad kredit yang ditanggung dari Ogos 2013 hingga Mac 2015,” katanya.

Beliau turut mengakui pembelian barang kemas pada Ogos 2014 sebagai hadiah kepada isteri Sheikh Ahmad iaitu Noor Abdulaziz Abdulla Turki Al-Subaie.

“Ramai tahu, Malaysia dan Qatar berkongsi hubungan diplomatik yang menguntungkan. Ia sebagai membalas kemurahan hati Sheikh Ahmed.


KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najjb Razak mengakui pembelian seutas jam tangan mewah bernilai RM466,330.11 di butik Chanel, Honolulu, Amerika Syarikat (AS), dilakukan sempena ulang tahun kelahiran isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor pada Disember 2014.

Pembelian jam tangan itu dibuat menggunakan kad kredit pada 22 Disember 2014.




Bekas perdana menteri itu turut mengakui perbelanjaan dilakukan menerusi penggunaan kad kredit ketika menetap di Shangri-La Hotel di Bangkok, ketika bercuti di Thailand pada Januari 2015.

Beliau berkata, transaksi kad kredit di Shangri-La berjumlah RM120,000 adalah susulan lawatannya di Kota Bharu, Kelantan untuk memeriksa keadaan banjir di negeri itu, sebelum menyambung percutian peribadi di Bangkok, Thailand.

“Walaupun perjalanan itu adalah percutian peribadi, saya turut mengambil peluang bertemu rakan sejawat, Prayut Chan-o-Cha untuk membincangkan bagaimana Kerajaan Thailand dapat membantu masalah banjir teruk yang kita hadapi.

“Pembayaran RM120, 000 di Hotel Shangri-La di Bangkok membabitkan penginapan saya dan kakitangan sokongan yang menemani saya dalam perjalanan ini, termasuk perbelanjaan di luar jangkaan dan yang diperlukan sepanjang perjalanan ini.

“Ia adalah hak saya untuk menuntut kembali perbelanjaan daripada kerajaan kerana saya membuat kerja sewaktu percutian, tetapi saya memilih menanggung semua perbelanjaan atas diri sendiri kerana tidak mahu merumitkan perkara mengikut budi bicara saya dengan sewajarnya.

“Saya berpandangan saya berhak menggunakan dana jika saya rasa perlu. Peguam saya menyediakan pecahan jumlah yang digunakan dalam akaun baharu termasuk perbelanjaan kad kredit yang ditanggung dari Ogos 2013 hingga Mac 2015,” katanya.

Najib berkata, jumlah keseluruhan perbelanjaan peribadi hanya 0.4 peratus daripada dana diterima dalam akaun.

Loading...

Beliau berkata, transaksi kad kredit berjumlah RM3,282,734.16 yang dikenakan di butik barang kemas di De Grisogono di Sardinia, Itali pada 8 Ogos 2014 adalah hadiah untuk bekas Perdana Menteri Qatar, Sheikh Ahmed Jassim Al Thani iaitu ahli perniagaan berketurunan kerabat Al Thani.

Ahli Parlimen Pekan itu berkata, beliau berada di Sardinia, Itali kerana bercuti bersama keluarga dan bertemu Sheikh Ahmed, dan kemudian berhasrat menghadiahkan isteri kepada ahli politik Qatar itu barangan kemas.

Ini kerana Sheikh Ahmed beberapa kali memberi hadiah kepada Rosmah dan beliau sendiri sewaktu kunjungan rasmi kerabat itu ke Malaysia.

Najib berkata, beliau tidak pernah memohon kad kredit, tetapi ia ditawarkan oleh pihak bank.

Beliau turut mengakui pembelian barang kemas pada Ogos 2014 sebagai hadiah kepada isteri Sheikh Ahmad iaitu Noor Abdulaziz Abdulla Turki Al-Subaie.

“Ramai tahu, Malaysia dan Qatar berkongsi hubungan diplomatik yang menguntungkan. Ia sebagai membalas kemurahan hati Sheikh Ahmed.

“Saya tidak mahu menggunakan dana awam bagi pembelian hadiah ini dan saya fikir memandangkan akaun sudah tersedia, ia wajar untuk menggunakan akaun ini berbanding dana awam.

“Menerusi kepercayaan saya yang telus bahawa dana dalam akaun itu akan dibelanjakan atas budi bicara saya sendiri dan ia akan memberi manfaat kepada Malaysia.

“Sejurus selepas kepulangan kami ke Malaysia, Noor Abdulaziz ada menghantar nota terima kasih kepada isteri saya atas hadiah yang kami sampaikan kepada beliau semasa perjumpaan kami di Sardinia,” katanya.

Beliau berkata, pembelian dibuat di De Grisogono adalah suatu yang dibenarkan secara diplomatik.

Menjawab dakwaan penyelewengan dana RM42 juta itu, Najib berkata, tiada keterangan dikemukakan bahawa beliau meminta sebarang suapan dan tiada perbincangan lain membabitkan perkara itu ketika Jaminan Kerajaan dikeluarkan.

Sumber:



Your donation is much appreciated and will go a long way towards helping us serve you better. Click the donate button below to make a contribution (you don't need a Paypal account to donate through Paypal, simply follow the instructions once you click the button).


SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...