
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, tidak pernah bertanyakan jumlah baki dalam akaun peribadi AmBank miliknya setiap kali menandatangani cek.
Najib, 66, yang menjawab soalan balas Timbalan Pendakwa Raya, Datuk V Sithambaram, berkata jumlah pengeluaran melalui cek yang ditandatanganinya tidak terlalu besar untuk beliau membuat semakan berulang kali.
Beliau berkata, jika ada keperluan, beliau akan membuat semakan dengan bekas Ketua Setiausaha Sulitnya, Allahyarham Datuk Azlin Alias.
Tambah Najib, walaupun jumlah cek yang perlu dikeluarkan bernilai jutaan ringgit, beliau dapat merasakan ada wang yang mencukupi dalam tiga akaun berakhir 880, 898 dan 906 itu.
KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, tidak pernah bertanyakan jumlah baki dalam akaun peribadi AmBank miliknya setiap kali menandatangani cek.
Najib memberitahu Mahkamah Tinggi di sini hari ini, beliau merasakan jumlah dalam akaun Ambank miliknya mencukupi.
Mengikut Ahli Parlimen Pekan itu, beliau juga tidak mengetahui jumlah wang yang keluar dan masuk menerusi akaunnya itu.
Najib, 66, yang menjawab soalan balas Timbalan Pendakwa Raya, Datuk V Sithambaram, berkata jumlah pengeluaran melalui cek yang ditandatanganinya tidak terlalu besar untuk beliau membuat semakan berulang kali.
Beliau berkata, jika ada keperluan, beliau akan membuat semakan dengan bekas Ketua Setiausaha Sulitnya, Allahyarham Datuk Azlin Alias.
Katanya, sekiranya berada di Pejabat Perdana Menteri (PMO) semakan dibuat dengan Azlin manakala ketika di rumah beliau tidak bertanya sesiapa mengenai akaun miliknya.
Sithambaram: Tetapi kamu keluarkan cek dalam akaun dalam jumlah yang banyak ketika berada di rumah.. ia berjumlah RM2.5 juta.
Najib: Saya mempunyai ‘rasa’ bahawa duit mencukupi dalam akaun.
Tambah Najib, walaupun jumlah cek yang perlu dikeluarkan bernilai jutaan ringgit, beliau dapat merasakan ada wang yang mencukupi dalam tiga akaun berakhir 880, 898 dan 906 itu.
Menjawab soalan sama ada sumber kewangan dalam akaun Ambank itu adalah daripada dana daripada negara Arab, Najib menjawab, “betul.”
Sithambaram: Adakah kamu tahu terdapat dana lain masuk ke dalam akaun kamu?
Najib: Sehingga ia menjadi isu
Sithambaram: Adakah dana dalam akaun itu adalah disebabkan adanya kemasukan (debit)?
Najib: Ya.
Sithambaram: Dalam kes kamu… kamu tidak tahu kemasukan dana lain selain dana Arab?
Najib: Betul
Sithambaran kemudian mempertikaikan bagaimana seorang perdana menteri dan menteri kewangan tidak pernah mengetahui mengenai akaun kewangan miliknya, Najib menjawab;
“Kamu boleh tanyakan perkara itu kepada setiausaha peribadi saya yang menguruskan akaun peribadi (saya).”
Pertelagahan antara Sithambaram dan Najib sekali lagi tercetus selepas bekas perdana menteri itu dilihat memberi jawapan yang berbeza mengenai sama ada beliau menandatangani minit mesyuarat Kementerian Kewangan Diperbadankan (MKD) untuk membolehkan pindaan ke atas memorandum dan artikel persatuan (M&A) 1MDB.
Sithambaram bertanya Najib berhubung jawapan beliau yang bercanggah dengan pernyataan saksi dan ketika pemeriksaan balas oleh Peguam Negara Tommy Thomas.
Menurut Sithambaram, dalam pernyataan bertulis Najib, menyatakan tidak dapat memastikan sama ada beliau menandatangani pindaan M&A 1MDB.
Sementara ketika pemeriksaan balas Thomas pula, Sithambaram berkata Najib menjawab bahawa tandatangan itu adalah miliknya.
Pindaan itu adalah untuk memasukkan Artikel 117, yang memberi kuasa kepada Najib sebagai perdana menteri ketika itu dengan keputusan lembaga pengarah 1MDB.
Sithambaram: Bila disoal sebelum ini oleh Peguam Negara, kamu berkata tidak pernah menandatangani Minit Pemegang Saham
Najib: Ya tetapi ini bukan salinan asal, saya tidak dokumen pemegang saham lain.
Sithambaram: Kamu mengaku hanya tandatangan Minit Mesyuarat ini?
Najib: Ya, kecuali kamu tunjukkan dokumen asal, ini tertakluk kepada dokumen asal.
Sithambaram: Tetapi kamu sahkan di mahkamah, ini adalah dokumen salinan yang kamu tandatangan?
Najib: Ya, jika kamu tunjukkan saya yang asal.
Sumber:
