Najib, sedarlah ko siapa diri ko tu dan siapa diri ku ni…

“Siapakah dia?

“Ya, who is he?

“Siapakah gerangan dia yang sanggup berpulun bertahun-tahun demi mempertahankan nasib ko, malah sanggup meletakkan tengkuknya di atas landasan keretapi demi menjaga maruah ko?

“Siapakah dia, yang tatkala ko dengan tanganmu yang terkapai-kapai meminta bantuan, sanggup meminggirkan keluarganya sendiri demi mempertahankan maruah ko dan keluarga ko tu?

“Who’s latching on to who Najib?

“Siapa yang duk tumpang siapa???

“Adakah pernah ku mintak dana berbilion-bilion mahupun berpuluh-puluh ribu dari ko? Adakah ko tak mampu lagi membezakan di antara syaitan perosak rumahtangga dan golongan umat Allah yang berniat suci, tulus dan ikhlas?

“Sedarlah sikit ko tu, wahai hamba Allah.

“Sedarlah, bahawasanya janji-janji mu kepada umat Allah yang ko mungkiri begitu banyak memudaratkan mereka yang tidak berdosa.

“Sedarlah ko, wahai hamba Allah, betapa peritnya hati mereka yang memperjuangkan nasibmu demi memartabatkan agama Islam di dunia Allah ni tetapi dipermainkan diri ko sendiri.

“Sedarlah ko, wahai hamba Allah yang pernah ku sangkakan adalah khalifah Islam yang terulung di Malaysia.

“Sedarlah…”

Raggie Jessy

Comments

Comments

Comments

Comments