Najib sendiri dah mengaku, buat apa tanya orang lain?

“Sesiapa yang masih tercari-cari “kisah alternatif” walaupun tahu Najib sudah mengaku, barangkali penta’sub yang tidak sanggup menerima kebenaran pahit yang dilafazkan oleh idola mereka sendiri”

Raggie Jessy Rithaudeen

نجيب سنديري مڠاكو، بوات اڤ تاڽ اورڠ لاين؟

Kebelakangan ini, ada beberapa pihak yang melontarkan pelbagai kisah di media sosial yang nampaknya bertujuan ‘menjernihkan’ nama Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung skandal ‘derma’ RM2.6 bilion.

Saya mengesyaki bahawa kisah-kisah ini adalah percubaan terdesak untuk mengalihkan perhatian umum daripada pembongkaran yang dibuat oleh Tim Leissner dan FBI di Mahkamah Amerika Syarikat.




Salah satu kisah yang berlegaran menceritakan ‘dasar’ kerajaan Arab Saudi yang dikatakan sentiasa menderma kepada negara-negara Islam, dan ini digunakan sebagai asas kepada dakwaan kononnya RM2.6 bilion yang masuk ke dalam akaun bank peribadi Najib merupakan derma Raja Arab Saudi.

Satu lagi kisah yang dibawa kepada perhatian saya semalam, ialah dakwaan yang muncul entah dari mana, kononnya Kabinet di bawah pentadbiran Najib “meluluskan ‘derma’ RM2.6 bilion dari Raja Saudi.”

Di sini, saya ingin mengetengahkan beberapa fakta yang tidak boleh dinafikan (rujuk juga video pendek di hujung bawah, atau klik di sini), yang menjelaskan sejelas-jelas mungkin, kenapa kisah-kisah ini tidak lebih dari “kisah syok sendiri ala cerita dongeng ‘derma’ RM2.6 bilion daripada Raja Arab Saudi”:

1. Najib Sudah mengaku

Najib sendiri mengaku bahawa beliau hanya menganggap dana RM2.6 bilion yang masuk ke dalam akaun bank peribadi miliknya merupakan derma Raja Arab Saudi.

Pengakuan ini dibuat secara langsung dalam satu temuramah bersama Al Jazeera tidak lama selepas Pilihan Raya Umum ke-14.

Jadi, tidak ada sebab bagi rakyat Malaysia merujuk kepada pihak lain, kerana Najib sendiri mengaku bahawa beliau tidak pasti jika dana tersebut merupakan ‘derma’ Raja Arab Saudi.

Sesiapa yang tercari-cari “kisah alternatif” walaupun tahu Najib membuat pengakuan itu barangkali penta’sub yang tidak sanggup menerima kebenaran pahit yang dilafazkan oleh idola mereka sendiri.

Loading...

2. Rakyat ditipu

Pengakuan Najib mengesahkan bahawa rakyat Malaysia ditipu sebelum Pilihan Raya Umum ke-14.

Ini kerana, sebelum Pilihan Raya Umum ke-14, rakyat diberitahu oleh pentadbiran Najib bahawa dana RM2.6 bilion yang masuk ke dalam akaun bank peribadi Najib sah daripada Raja Arab Saudi.

3. Alaskan dangkal, tidak masuk akal

Biarpun kerajaan Arab Saudi menderma berbilion ringgit kepada negara-negara Islam, ini tidak boleh digunakan sebagai asas untuk mengesahkan bahawa RM2.6 bilion yang masuk ke dalam akaun bank peribadi Najib merupakan ‘derma’ Raja Arab Saudi.

Jika ada pihak yang mengetengahkan logik sebegini, maka pihak yang sama perlu akur, bahawa mana-mana pemimpin negara Islam tidak boleh dipertikai jika beliau mencuri berbilion ringgit dan mendakwa kononnya wang itu “derma Raja Arab Saudi,” tanpa menampilkan sebarang bukti.

4. Perlu siasat Kabinet Najib

Andai kata benar Kabinet Najib “meluluskan ‘derma’ RM2.6 bilion dari Raja Saudi,” ianya tidak membantu Najib.

Sebaliknya, timbul persoalan samada menteri-menteri di bawah pentadbiran Najib terlibat sama dalam konspirasi untuk membantu dan (atau) melindungi Najib.

Ini kerana Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan (panel tiga hakim) sudah memutuskan bahawa kisah “derma Raja Arab Saudi” merupakan cerita dongeng.

Apa yang harus dilakukan sekarang ialah memulakan siasatan terhadap semua menteri terbabit jika benar Kabinet Najib “meluluskan ‘derma’ RM2.6 bilion dari Raja Saudi.”



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...