Najib sudah dilupakan, Zahid pun kurang sebut nama dia

“Bukan hanya Najib sudah dilupakan, UMNO bakal terima natijah daripada perbuatan tidak bertanggungjawab Zahid”

Raggie Jessy Rithaudeen

Berbeza dengan gerakan reformasi yang dilancarkan di sekitar tahun 1999, Gerakan Solidariti Untuk Najib Razak tidak mendapat sambutan dan terus berkubur selepas program yang diadakan di Pekan pada 4hb September 2022.

Siaran online tidak mendapat sambutan yang disangkakan, dan program berkenaan hanya dihadiri oleh 300 -400 individu, ramai di antaranya ahli-ahli UMNO Pekan, kawasan parlimen Datuk Seri Najib Tun Razak.




Manakala itu, “Petisyen Pengampunan Diraja Kepada Datuk Seri Najib Tun Razak” gagal mencapai angka 10,000 tandatangan selepas empat hari dilancarkan dan terus didiamkan setelah gagal mendapat sambutan.

Sebaliknya, dua petisyen yang dilancarkan bagi meminta Yang di-Pertuan Agong untuk tidak menggunakan kuasa pengampunan terhadap Najib mencecah 100,000 tandatangan, kurang dari 24 jam selepas dilancarkan.

Persoalannya, di manakah hilangnya ‘pengikut’ Najib yang ramai di media sosial?

Atau adakah majoriti ‘pengikut’ ini melibatkan akaun Facebook palsu, laskar siber upahan dan penyokong berbayar?

Jangan lupa, pada 2013, satu agensi audit Twitter mengumumkan bahawa Najib merupakan antara pemimpin dunia yang memiliki pecahan ‘pengikut’ twitter palsu yang terbesar.

Memang susah untuk menipu laman petisyen change.org, yang dapat menapis ‘sokongan’ palsu dengan mudah dan menyingkirkannya daripada hitungan jumlah tandatangan.

Apakah majoriti ‘pengikut’ Facebook Najib turut palsu?

Loading...

Saya tertanya-tanya…

Di luar perkarangan Mahkamah Persekutuan, pada hari Najib dihantar ke penjara Kajang, jumlah penyokong yang hadir tidak sampai 500, itu pun melibatkan ahli-ahli Barisan Nasional dari Pekan.

Berdasarkan perbualan saya dengan 30-lebih individu yang dahulunya penyokong Najib, ramai mengaku bahawa rentetan peristiwa menjurus kepada pemenjaraan Najib menyedarkan mereka bahawa Najib sebenarnya tidak mampu membela diri.

Rakan-rakan saya turut menceritakan perkara yang sama, dan berdasarkan pemantauan di media sosial dan ruang komen portal-portal berita, majoriti netizen nampak jelas cara Najib dan pasukan peguamnya memperkotak katikkan proses mahkamah.

Nampakknya Najib tersilap langkah dan tersalah tafsir kebijaksanaan netizen.

Strategi beliau untuk mendapatkan penangguhan keputusan rayuan dengan cara yang tidak betul dan melangar etika guaman disedari oleh majoriti rakyat Malaysia, dan mereka menyampah apabila beliau cuba mendapatkan simpati rakyat dengan mendakwa kononnya badan kehakiman telah bersikap tidak adil terhadapnya.

Rakyat turut meluat dengan ucapan Zahid pada Majlis Taklimat Khas Presiden, di mana para hadirin disajikan dengan beberapa fakta palsu berhubung rayuan ahkir SRC Najib dan proses penghakiman.

Ini sekaligus menjadikan majlis berkenaan “pentas hasutan bersifat menghina mahkamah” dan satu bentuk salah guna pendanaan UMNO bagi tujuan propaganda untuk memperjuangkan kepentingan seorang pesalah, bukannya agama, bangsa dan negara.

Ya, bukan hanya Najib sudah dilupakan, UMNO bakal terima natijah daripada perbuatan tidak bertanggungjawab Zahid.



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...