
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tahu dana SRC International Sdn Bhd berjumlah RM42 juta telah dimasukkan ke dalam akaun peribadinya sebagaimana yang terdapat dalam penyata bank, Mahkamah Tinggi diberitahu hari ini.
Timbalan Pendakwa Raya, Datuk V. Sithambaram berkata, pihak pendakwaan juga berhujah bahawa ada keterangan yang membuktikan bahawa tertuduh melakukan pecah amanah jenayah (CBT) dan oleh itu, tertuduh mesti dianggap bertindak dengan tidak jujur apabila melakukan kesalahan di bawah Seksyen 409 Kanun Keseksaan.
Terdahulu, peguam Najib, Harvinderjit Singh berhujah bahawa pihak pendakwaan tidak dapat menunjukkan apa yang menyebabkan RM42 juta dipindahkan ke akaun anak guamnya.
“Tidak dibuktikan Najib mempunyai rancangan untuk mengambil RM42 juta daripada RM2 bilion yang telah diluluskan oleh KWAP,” katanya sambil menambah deposit RM42 juta ke akaun Najib dilakukan atas arahan ahli perniagaan dalam buruan, Low Taek Jho atau Jho Low.
KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tahu dana SRC International Sdn Bhd berjumlah RM42 juta telah dimasukkan ke dalam akaun peribadinya sebagaimana yang terdapat dalam penyata bank, Mahkamah Tinggi diberitahu hari ini.
Timbalan Pendakwa Raya, Datuk V. Sithambaram berkata, Najib secara peribadi memindahkan dana berkenaan dan mengeluarkan cek daripada akaunnya setiap masa.
“Perlu ditegaskan bahawa semua cek yang dikeluarkan daripada akaun (berakhir dengan nombor) 906 dan akaun 898 dikeluarkan tertuduh secara peribadi dan oleh itu beliau mempunyai pengetahuan atau sepatutnya mempunyai pengetahuan tentang jumlah cek yang besar yang dikeluarkan daripada akaun peribadinya.
“Dakwaan tidak mengetahui dana yang dikreditkan dan cek dikeluarkan dari akaun tertuduh oleh pihak pembelaan tidak dapat diterima sebagai boleh dipercayai terutama kerana beliau adalah Menteri Kewangan Malaysia yang menguruskan kewangan negara ini,” katanya semasa berhujah di akhir kes pendakwaan.
Sithambaram berkata, pihak pendakwaan juga berhujah bahawa ada keterangan yang membuktikan bahawa tertuduh melakukan pecah amanah jenayah (CBT) dan oleh itu, tertuduh mesti dianggap bertindak dengan tidak jujur apabila melakukan kesalahan di bawah Seksyen 409 Kanun Keseksaan.
“Oleh itu, telah timbul tanggapan dan menjadi tanggungjawab tertuduh menyangkal tanggapan itu,” katanya.
Sithambaram berhujah bahawa peranan tertuduh dalam pinjaman pertama dan kedua Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) ( KWAP) serta Jaminan Kerajaan, adalah fakta yang relevan untuk membentuk motif atau pertuduhan CBT.
Beliau merujuk keterangan pegawai penyiasat Rosli Husain bahawa terdapat kebarangkalian pemalsuan bukan representasi sebenar kerana beliau tidak menyiasat perkara itu dan oleh itu tidak dapat menentukan isu pemalsuan secara konklusif.
Terdahulu, peguam Najib, Harvinderjit Singh berhujah bahawa pihak pendakwaan tidak dapat menunjukkan apa yang menyebabkan RM42 juta dipindahkan ke akaun anak guamnya.
“Tidak dibuktikan Najib mempunyai rancangan untuk mengambil RM42 juta daripada RM2 bilion yang telah diluluskan oleh KWAP,” katanya sambil menambah deposit RM42 juta ke akaun Najib dilakukan atas arahan ahli perniagaan dalam buruan, Low Taek Jho atau Jho Low.
Hakim, Mohd Nazlan Mohd Ghazali menetapkan dua hari mulai hari ini untuk mendengar hujah di akhir kes pendakwaan.
Najib, 66, Ahli Parlimen Pekan, berdepan tiga tuduhan pecah amanah (CBT) dan satu tuduhan salah guna kuasa berkaitan dana SRC International Sdn Bhd berjumlah RM42 juta.
Note: Sila klik butang “notification” untuk dapatkan pemberitahuan setiap kali artikel diterbitkan
Sumber:
Your donation is much appreciated and will go a long way towards helping us serve you better. Click the donate button below to make a contribution (you don’t need a Paypal account to donate through Paypal, simply follow the instructions once you click the button).
FOLLOW US ON YOUTUBE, TELEGRAM AND TWITTER:
YOUTUBE: THE THIRD FORCE
TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen (click here)
TELEGRAM: Rosdzaman Dato’ Hj Mohd Yusup
TELEGRAM: Norismail Sarbini
TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen (click here)
WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com
