Najib tidak tahu berkenaan surat yang dihantar ke CIA

KUALA LUMPUR: Bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata beliau tidk tahu mengenai surat dihantar kepada Agensi Perisikan Pusat (CIA) Amerika Syarikat (AS) yang didakwa memohon sokongan kepada beliau semasa Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).




“Saya tidak boleh mengesahkan atau menafikan, Saya tidak tahu. Surat tersebut ditulis oleh agensi yang berkaitan, sama ada mereka menulis surat itu atau tidak, anda perlu bertanya kepada mereka, bukan saya,” kata beliau.

Surat tiga halaman itu dikatakan ditulis oleh seorang pegawai kanan dari unit di bawah Jabatan Perdana Menteri merayu AS menyokong pentadbiran Najib ketika itu “walaupun jika BN menang dengan majoriti mudah atau hanya satu kerusi”.

Najib diminta mengulas kenyataan Menteri Kewangan Lim Guan Eng bahawa kerajaan perlu menyiasat perkara itu memandangkan ia melibatkan kedaulatan negara kerana dilihat sebagai mengundang campurtangan kuasa asing dalam hal ehwal Malaysia.

Sumber: MyNewsHub



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...