Najib tidaklah sekejam Ghadaffi. Namun rakyat Malaysia jauh lebih kejam dari rakyat Libya

Nabeel Naqie

Sebelum perang saudara tahun 2011, Libya adalah negara kaya raya, negara terbesar ke-4 di Afrika ini adalah satu satunya negara maju di benua Afrika.

Libya menjamin pendidikan percuma, biasiswa ke luar negri, kesihatan percuma, elektrik dan air percuma, bantuan wang pernikahan, faedah bank tanpa bunga, bantuan dari hasil keuntungan minyak diagih sama rata untuk rakyatnya.

Ghadaffi banyak menaikkan tarak pendidikan wanita. Melepasi tradisi kuno yang tidak membenarkan wanita belajar dan bekerja. Ghadaffi berjaya menjadi kaum hawa celik ilmu. 87% dari kaum hawa ketika itu sudah pandai membaca. Ghadaffi juga menyerapkan wanita dalam ketenteraan. Begitu la beliau membantu rakyatnya.

Namun tengok lah sekarang. Apa sudah jadi dengan Libya setelah Ghadaffi di gulingkan.

Rakyat marah dgn Ghadaffi kerana pemerintahan diktaktor beliau. Ghadaffi menyekat kebebasan suara rakyat. Rakyat dilarang mengkritik kerajaan. Rakyat yang berdemonstrasi akan dipukul dan ditangkap oleh kerajaan pimpinan Ghadaffi. Ada sahaja rakyat Libya terutama golongan muda tidak puas hati dengan Ghadaffi. Anak muda Libya mula inginkan kebebasan mutlak sebagaiamana negara – negara lain.

Kemuncak apabila Saddam Hussein jatuh. Mereka melaungkan slogan “Saddam Hussein sudah, Ghadaffi pula bila”. Slogan sama seperti di Malaysia – “Jom Ubah”.

Jika DS Najib dilukis karikatur sebagai Kleptokrasi, Ghadaffi pula dilukis sebagai “The Killer”

Sewaktu kerajaan Ghadaffi dijatuhkan oleh rakyat, Ghadaffi menyorok di dalam lubang paip hingga dijumpai oleh rakyatnya.

Beliau ditarik keluar. Kaki beliau ditembak. Belakang badan beliau di tembak. Hingga beliau tidak mampu bergerak.

Ghadaffi merayu kepada rakyatnya ketika itu :

“Jangan bunuh saya. Kasihani saya. Saya tidak bersalah”

Rakyat tidak mengendahkan. Anak – anak muda memukul beliau seperti beliau tidak mempunyai jasa.

Mayat Ghadaffi diusung dan diheret merata. Anak – anak muda sempat berselfie dgn mayat Ghadaffi. Satu keseronokkan bagi mereka. Satu kemenangan bagi mereka.

Setelah 7 tahun revolusi Libya. Keadaan politik Libya tidak lagi stabil. Masing – masing berebut jawatan.

Tiada lagi pendidikan percuma. Tiada lagi elektrik percuma. Tiada lagi air percuma. Rakyat hilang pekerjaan. Rakyat terpaksa migrate ke luar negara untuk mencari kerja.

Kos sara hidup mereka meningkat melampau. Tidak tahu kemana perginya hasil kekayaan negara mereka.

ISIS da Al Qaeda mula memasuki Libya dan menjadi sarang mereka. Banyak negara mula menyekat kerjasama ekonomi dan politik.

Libya kini tidak seperti dulu.

Sekurang – kurangnya, hasrat rakyat untuk bebas dari cengkaman kuku besi dan memperjuangkan kebebasan suara BERJAYA.

Namun, sejauh mana suara mereka pergi? Mereka terlepas dari cengkaman kuku besi Ghadaff, tapi mereka berhadapan sebuah ketidaktentuan politik yang lebih buruk.

Ramai rakyat Libya sudah menyesal.

Mereka memperjuangkan agar anak Ghadaffi diberikan keampunan. Alhamdullilah telah dapat.

Sekarang mereka menawarkan anak Ghadaffi sebagai presiden Libya yang baru.

Dengan harapan dapat membawa kembali legasi bapa beliau.

Namun, itu sudah terlambat. Nasi sudah menjadi bubur.

Rakyat Malaysia juga sepatutnya diberi masa 7 tahun.

DS Najib sudah beri terbaik untuk rakyat yang tidak mampu diberi oleh perdana menteri terdahulu mahupun kini.

DS Najib tidaklah sekejam Ghadaffi. Namun rakyat Malaysia sekejam malah jauh lebih kejam dari rakyat Libya.

Mungkin sebab itu, Allah tarik pentadbiran kepimpinan DS Najib. Allah gantikan dengan pentadbiran yang lebih kejam sesuai dengan kekejaman rakyatnya.

Note: If everyone who likes our content helps fund it, it would help us bring more such content in the future. For as little as RM10, you can support The Third Force, and it only takes a minute. Click the donate button on the top right or follow the link HERE if you intend to make a contribution. Thank you.

Comments

Comments