Najib tuding jari terhadap J-KOM tapi lupa dedah perkara ini…

Raggie Jessy Rithaudeen

نجيب توديڠ جاري ترهادڤ ج-كوم تاڤي لوڤا دده ڤركارا اين

TTF: Sertai saluran Telegram TTF di sini

J-KOM, atau Jabatan Komunikasi Komuniti, berada di bawah penyeliaan dan jurisdiksi Kementerian Komunikasi dan Multimedia.

Sebelum Pilihan Raya Umum ke-14, ianya dikenali sebagai Jabatan Hal Ehwal Khas dan terlibat dengan propaganda, di mana perkara ini diakui oleh Ketua Penerangan Bersatu, Wan Saiful Wan Jan.




JASA turut dikaitkan dengan aktiviti Laskar Siber upahan yang mempertahankan kepimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak dan maruah Datin Seri Rosmah Mansor.

Pengarahnya yang terakhir, Puad Zakarshi, mengetuai jabatan itu dari 2015 sehingga 15 Oktober 2020 apabila jabatan itu ditutup sepenuhnya dan dibayar RM20,592 sebulan, jauh melebihi gaji menteri sebanyak RM14,907.2 pada ketika itu.

Pada bulan Mei 2018, ketika menjelaskan sebab JASA ditutup, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata banyak unsur-unsur politik mempengaruhi jabatan itu sehingga dipergunakan oleh pentadbiran terdahulu.

Jadi amat tidak masuk akal Tan Sri Muhyiddin Yassin menghidupkan semula JASA setelah merampas kerajaan kerana beliau sendiri terlibat dalam kerajaan terdahulu ketika keputusan dibuat untuk membubarkan JASA.

Tapi tak apalah, nasi sudah menjadi bubur, dan bubur itu kini dinamakan J-KOM dengan agihan dana berlipat kali ganda agihan terakhir oleh pentadbiran Najib.

Kita terima sahajalah dan lupakan pengakuan seorang blogger kononnya dia dibayar RM15,000 sebulan oleh J-KOM.

Apa yang menarik ialah sindiran Datuk Seri Najib Tun Razak baru-baru ini berhubung fungsi J-KOM dan propaganda yang dimainkan oleh agensi itu.

Loading...

Pada 5hb Mac 2021, Najib mendakwa “kluster mahkamah” adalah propaganda terbaru J-Kom oleh kerajaan yang didakwanya “kerajaan Perikatan Nasional (PN).”

Saya ingin bertanya:

1. Bukankah Datuk Zahidi Zainul Abidin ahli UMNO, dan bukankah beliau Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia?

2. Apakah UMNO tidak mendapat manfaat dari J-KOM hasil penglibatan Datuk Zahidi Zainul Abidin?

3. Bukankah kerajaan pimpinan Muhyiddin diangotai berbelas menteri dan timbalan menteri dari Barisan Nasional, dan bukankah menteri-menteri ini terlibat secara langsung dalam mesyuarat-mesyuarat kabinet yang membuat keputusan kolektif?

4. Apakah Najib ingin menafikan bahawa Datuk Zahidi Zainul Abidin bersetuju agar JASA dihidupkan semula?

RUJUK: https://www.malaysiakini.com/news/536096

5. Apakah Najib akan menafikan bahawa sokongan Datuk Zahidi Zainul Abidin terhadap penghidupan semula JASA tidak ditentang oleh UMNO secara rasmi sebelum pembentangan Belanjawan 2021?

6. Bukankah penggunaan JASA sebagai unit propaganda memuncak di bawah pentadbiran Najib dengan agihan dana milik rakyat bernilai jugtaan ringgit?

7. Bukankah Pejabat Perdana Menteri di bawah pentadbiran Najib mengarahkan Bahagian Wanita Pertama (First Lady Division atau FLOM) ditubuhkan khusus untuk nenangani hal-hal bersangkut paut dengan aktiviti Rosmah untuk mengurangkan profail Rosmah dalam media?

8. Dari manakah datangnya dana RM100,000 sebulan yang disalurkan kepada FLOM oleh Pejabat Perdana Menteri bagi membiayai aktiviti sekumpulan Laskar Siber yang tugasnya untuk menjaga maruah Rosmah?

9. Terkhilafkah saya jika saya beritahu bahawa Rosmah terlibat secara tidak langsung dengan FLOM dan mengendalikan sekumpulan “Laskar Siber” yang ditaja sebelum Pilihan Raya Umum ke-14?

10. Terkhilafkah saya jika saya katakan bahawa Laskar Siber ini melibatkan diri dalam propaganda di media sosial dan sedikit sebanyak menularkan berita palsu, sekaligus menimbulkan tanda tanya sekiranya wang rakyat yang diluluskan oleh Pejabat Perdana Menteri (PMO) kepada FLOM digunakan oleh Rosmah untuk tujuan itu?

11. Benarkah beberapa individu dari kumpulan Laskar Siber ini terlibat dengan serangan terhadap ‘musuh’ Najib, termasuk Tan Sri Muhyiddin Yassin, Tan Sri Abu Kassim dan Tan Sri Abdul Gani Patail yang kesemuanya digugurkan dari jawatan masing-masing kerana membantu bongkarkan skandal 1MDB?

12. Terkhilafkah saya jika saya beritahu bahawa Laskar Siber ini turut dikerah untuk menyerang laman-laman Facebook penyokong Tun Dr Mahathir Mohamad dengan kata-kata hina, fitnah dan hasutan yang ditujukan pada kedua-dua Mahathir dan pemilik laman-laman berkenaan?

WAJIB BACA:

#TamatDarurat: Apakah ini sebabnya Anwar tidak kelihatan di perkarangan Istana Negara?



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...