Najib: UMNO Sabah terbuka untuk kerjasama dengan parti yang percaya dasar BN

Najib menyifatkan proses mematangkan kepimpinan UMNO kini sedang giat berjalan di Sabah. Sumber (gambar): FMT

Pengerusi Lembaga Penasihat BN, Datuk Seri Najib Razak hari ini mendakwa pemimpin Barisan Nasional (BN) dan Umno di Sabah memerlukan sedikit waktu untuk menjadi matang dalam kancah politik.

Beliau berkata, proses tersebut adalah perlu dalam usaha BN dan UMNO untuk muncul kuat semula serta menawan kembali negeri itu selepas kehilangan beberapa pemimpin yang bertindak keluar ke parti.

Sementara itu, ketika ditanya sama ada Umno dan BN akan mewujudkan satu pakatan baharu di  Sabah, Najib memberikan bayangan pihaknya sentiasa berkerjasama.

“Politik masih dinamik dan amatlah ‘cair’, jadi saya akan berkata pelbagai senario yang kita hadapi, agak terlalu awal mengatakannya, tetapi Umno dan BN terbuka untuk berkerjasama dengan parti  yang percaya dasar-dasar BN dan UMNO,” katanya.


PAPAR: Pemimpin Barisan Nasional (BN) dan Umno di Sabah memerlukan sedikit waktu untuk menjadi matang dalam kancah politik.

Pengerusi Lembaga Penasihat BN, Datuk Seri Najib Razak menyifatkan proses mematangkan kepimpinan parti itu kini sedang giat berjalan di negeri itu.




Beliau berkata, proses tersebut adalah perlu dalam usaha BN dan UMNO untuk muncul kuat semula serta menawan kembali negeri itu selepas kehilangan beberapa pemimpin yang bertindak keluar ke parti.

“Kita perlu kepada penggantian pemimpin-pemimpin, sebab banyak pemimpin kita walaupun mereka bersemangat, tapi belum cukup pengalaman lagi.

“Jadi dalam masa yang terdekat ini kita kena mematangkan mereka dalam kancah politik supaya mereka jadi viable alternatives (pilihan sesuai) nanti,” katanya selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Papar di Kinarut, Papar, pada Ahad.

Sementara itu, ketika ditanya sama ada Umno dan BN akan mewujudkan satu pakatan baharu di  Sabah, Najib memberikan bayangan pihaknya sentiasa berkerjasama.

“Politik masih dinamik dan amatlah ‘cair’, jadi saya akan berkata pelbagai senario yang kita hadapi, agak terlalu awal mengatakannya, tetapi Umno dan BN terbuka untuk berkerjasama dengan parti  yang percaya dasar-dasar BN dan UMNO,” katanya.

Terdahulu, sebelum majlis tersebut, Najib yang juga bekas Perdana Menteri merangkap Ahli Parlimen Pekan itu berkesempatan mengadakan kunjungan ke sebuah restoran di daerah Putatan untuk bertemu orang ramai.

Sumber:

Loading...



Your donation is much appreciated and will go a long way towards helping us serve you better. Click the donate button below to make a contribution (you don't need a Paypal account to donate through Paypal, simply follow the instructions once you click the button).


SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...