Najib, Zahid disahkan sokong Anwar walaupun perlu terima DAP

Datuk Seri Anwar Ibrahim (kiri), Datuk Seri Najib Tun Razak (kanan). Sumber (gambar): TTF

“Sokongan Najib dan Zahid terhadap Anwar bermakna Team A bersetuju menerima DAP, memandangkan syarat Anwar untuk bekerjasama dengan UMNO adalah sekiranya parti komponen Barisan Nasional itu bersetuju menerima Pakatan Harapan secara en bloc”

Raggie Jessy Rithaudeen

نجيب، زاهيد دصحكن سوكوڠ انور والاوڤون ڤرلو تريما دڤ

Kewujudan Team A dalam UMNO dan sokongan penaungnya, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim disahkan sebuah portal berita yang menyentuh isu sokongan majoriti.

Sebelum ini, saya bercerita perihal kewujudan Team A dalam UMNO yang disokong sembilan hingga sebelas ahli parlimen, termasuk Datuk Seri Bung Moktar Radin dan Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman.




Menurut Astro Awani, Anwar kini disokong oleh 10 Ahli Parlimen (MP) UMNO termasuk Ahli Parlimen Pontian, Datuk Seri Ahmad Maslan dan Ahli Parlimen Padang Rengas, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz.

Walaupun Nazri bukannya berpihak kepada Team A, sokongan Najib dan Zahid terhadap Anwar menyebabkan beliau bersekutu buat sementara waktu dengan Team A demi merealisasikan impiannnya untuk menjadikan Anwar Perdana Menteri.

Selain itu, nama Ahli Parlimen Kimanis, Datuk Mohamad Alamin, Ahli Parlimen Machang, Datuk Ahmad Jazlan Yaakub, Ahli Parlimen Paya Besar Mohd Shahar Abdullah dan Anggota Parlimen Parit, Mohd Nizar Zakaria turut tersenarai.

“Walaupun dengan ‘nafas baharu’ oleh 10 MP UMNO itu, Anwar belum dapat mengumpulkan SD yang secukupnya untuk membentuk kerajaan baru dengan majoriti mudah, apatah lagi majoriti besar ‘kukuh dan menyakinkan’ seperti yang didakwa beliau sebelum ini.

“Selain Ahli Parlimen UMNO, Anwar juga dikatakan mendapat sokongan dua ahli Parlimen Gabungan Parti Sarawak (GPS) dan beberapa ahli Parlimen yang dahulunya bersama-sama dalam parti Tun Dr Mahathir Mohamad,” dakwa sumber Astro Awani.

Ini selaras dengan dakwaan saya pagi tadi (rujuk artikel bawah) bahawa jumlah efektif Surat Akuan Bersumpah yang dikumpulkan oleh Anwar setakat hari ini tidak pernah mencecah angka 100 walaupun jaringan media pro-Anwar mendakwa jumlahnya kini melebihi 113.

Sokongan terhadap Anwar tidak pernah cecah angka 100…

Loading...

Sokongan Najib dan Zahid terhadap Anwar bermakna Team A bersetuju menerima DAP, memandangkan syarat Anwar untuk bekerjasama dengan UMNO adalah sekiranya parti komponen Barisan Nasional itu bersetuju menerima Pakatan Harapan secara en bloc.

NOTA: SAYA MEMBUAT PENGUMUMAN-PENGUMUMAN PENTING DARI MASA KE SEMASA EKSKLUSIF MENERUSI SALURAN TELEGRAM BERIKUT:



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...