‘Nak beri saya jawatan Menteri Mentor? Tak payah lah…’

Sabtu lalu, Anwar ketika ditemubual oleh Channel News Asia, memberitahu, beliau terbuka dengan cadangan untuk mewujudkan jawatan khusus untuk Mahathir selepas beliau bersara daripada menjadi perdana menteri. Sumber (gambar): Fail TTF

ءنق بري ساي جاوتن منتري منتور؟ تق ڤايه له…ء

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menyatakan hasratnya untuk meninggalkan Pakatan Harapan (PH) Plus selepas Parti Keadilan Rakyat (PKR) menolak cadangan beliau sebagai calon Perdana Menteri.

Malahan, kata Mahathir, beliau tidak akan lagi menghubungi PKR ataupun Presidennya, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk berbincang mengenai soal kerjasama antara kedua-dua parti.

Mengenai pelawaan Anwar untuk melantik beliau sebagai Menteri Mentor, Mahathir dengan tegas menolaknya.

“Tidak, saya tidak akan menerima jawatan itu,” kata Mahathir.

Mahathir berkata, daripada pengalamannya, beliau tahu tidak ada orang akan mengikut arahan yang diberikan oleh Menteri Mentor ini.


SHAH ALAM: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menyatakan hasratnya untuk meninggalkan Pakatan Harapan Plus selepas Parti Keadilan Rakyat (PKR) menolak cadangan beliau sebagai calon Perdana Menteri.

Malahan, kata Mahathir, beliau tidak akan lagi menghubungi PKR ataupun Presidennya, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk berbincang mengenai soal kerjasama antara kedua-dua parti.




“Sebaliknya, saya akan bekerjasama dengan DAP dan Amanah,” kata Mahathir ketika ditemu ramah oleh Sin Chew Daily.

Tegas Mahathir lagi, beliau tidak akan bekerjasama dengan Anwar kerana mendakwa Anwar tidak mahu bekerjasama dengannya.

“Saya perlu cari jalan lain untuk menjadi Perdana Menteri. Mungkin ada pilihan lain. DAP dan Amanah masih menyokong saya untuk menjadi Perdana Menteri,” katanya.

Menurut Mahathir, PH yang sebelum ini Pakatan Rakyat sudah lama menjadi parti pembangkang kerana gagal mengalahkan Barisan Nasional.

“Pada Pilihan Raya Umum 2008, 2013, mereka tidak dapat mengalahkan BN. Pada PRU14, saya bersama dengan mereka. PH pada masa itu mempunyai sokongan yang kuat daripada pengundi Melayu. Akhirnya PH menang. Sebelum ini, mereka gagal.

“Oleh itu, PH cukup jelas bahawa mereka perlukan undi Melayu. Mereka merasakan saya boleh memberikan undi Melayu kepada mereka kerana parti Bersatu adalah parti Melayu. Parti-parti lain adalah parti berbilang kaum, pengundi Melayu tidak akan menyokong parti berbilang kaum,” katanya.

Mengenai pelawaan Anwar untuk melantik beliau sebagai Menteri Mentor, Mahathir dengan tegas menolaknya.

Loading...

“Tidak, saya tidak akan menerima jawatan itu,” kata Mahathir.

Mahathir berkata, daripada pengalamannya, beliau tahu tidak ada orang akan mengikut arahan yang diberikan oleh Menteri Mentor ini.

“Pengalaman lama saya ialah ketika saya cuba memberikan nasihat kepada Perdana Menteri, mereka enggan terima dan tidak mengikut arahan saya. Itulah apa yang dilakukan oleh Tun Abdulah Ahmad Badawi, Datuk Seri Najib dan Perdana Menteri sekarang, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

“Perdana Menteri mahu menunjukkan beliau mengawal segala-galanya. Semua pemikiran adalah daripada dia sendiri. Beliau mahu meninggalkan legasi politiknya. Dia tidak akan kata: legasi politik saya adalah datang daripada Mahathir.”

Pada Sabtu lalu, Anwar ketika ditemubual oleh Channel News Asia, memberitahu, beliau terbuka dengan cadangan untuk mewujudkan jawatan khusus untuk Mahathir selepas beliau bersara daripada menjadi perdana menteri.

“Mewujudkan satu peranan khas seperti menteri kanan atau menteri mentor di Singapura tidak akan menjadi ‘masalah’ jika hubungan antara beliau dan Mahathir kekal mesra,” kata Anwar dalam temu ramah itu.

Sumber:

NOTA: SAYA MEMBUAT PENGUMUMAN-PENGUMUMAN PENTING DARI MASA KE SEMASA EKSKLUSIF MENERUSI SALURAN TELEGRAM BERIKUT:



Your donation is much appreciated and will go a long way towards helping us serve you better. Click the donate button below to make a contribution (you don't need a Paypal account to donate through Paypal, simply follow the instructions once you click the button).


SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...