ءنام-نام ‘كنلن’ نجيب اكن د سبوت دالم ڤربيچاراانء – راج كامرول بهرين
“Najib mesti bersedia mendengar keterangan di mahkamah nanti nama-nama ‘kenalan’ Najib yang akan di sebut dalam perbicaraan nanti.
“Orang ramai juga akan tertarik untuk mengetahui cerita penuh sebenarnya.”
Demikian menurut Datuk Raja Kamarul Bahrin, ketika mengulas siaran Facebook Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung isu stadium Shah Alam yang di war-warkan kononnya akan dibina semula.
Menurut Raja Kamarul, Najib telah mengaitkan namanya dengan isu stadium tersebut dengan cara yang tidak bertanggungjawab.

“Najib Razak telah mengaitkan isu stadium Terengganu dan memaparkan nama saya begitu jelas dengan bulatan merah, sebagai arkitek stadium tersebut bersama dengan ulasan kenyataan negatif, seolah-olah saya bersalah berhubung masalah bumbung stadium yang telah runtuh.
“Siaran Najib Razak itu sangat tidak bertanggungjawab dan berniat jahat, dibuat tanpa menyiasat hal sebenar untuk memberi gambaran buruk kepada saya sebagai arkitek,” katanya.
Menurut Raja Kamarul lagi, bumbung stadium yang runtuh dilaksanakan secara ‘design and built‘ oleh pihak kontraktor Korea yang bertanggungjawab sepenuhnya atas reka bentuk dan pembinaan bumbung tersebut.
“Anehnya pihak kerajaan dan Jabatan Kerja Raya (JKR) tidak pernah siasat atau memanggil kontraktor Korea yang mereka bentuk dan membina bumbung tersebut.
“Untuk makluman, pegawai penguasa projek stadium adalah JKR sebagai wakil kerajaan yang bertanggungjawab dengan kuasa penuh ke atas kontrak tersebut.
“Walaupun ada cubaan pihak tertentu kerajaan BN pada masa itu cuba kambing hitamkan dan menyalahkan saya, yang pada masa itu telah menjadi ahli politik pembangkang, mereka tidak berjaya.
“Ini kerana ada bukti surat-surat saya kepada JKR dan kontraktor di mana saya telah menegur berkali-kali secara bertulis berhubung kesalahan cara pembinaan yang telah dilaksanakan kontraktor.”
Raja Kamarul kemudian berkata nama-nama ‘kenalan’ Najib akan di sebut dalam perbicaraan kes.
“Najib mesti bersedia mendengar keterangan di mahkamah nanti nama-nama ‘kenalan’ Najib yang akan di sebut dalam perbicaraan nanti. Orang ramai juga akan tertarik untuk mengetahui cerita penuh sebenarnya.
“Nasihat saya pada Najib, cukuplah kes-kes mahkamah lain yang sedang kamu hadapi sekarang kerana kamu mungkin tidak ada peluang mengikuti kes lain.
“Jangan cepat cuba memburukkan orang lain tanpa usul periksa. Najib perlu ingat kisah “ayam yang berkokok berderai derai, ekor bergelumang dengan tahi.”
THE THIRD FORCE