Khairuddin Abu Hassan
نمڤق ساڠت راماسمي بوتا سجاره، ماءين ءتيمبقء ايسو ڤولاو باتو ڤوتيه
Saya ingin tanya P Ramasamy apa dia bukti baharu yang diperolehi dalam isu Pulau Batu Putih untuk dijadikan sandaran asas bagi mencabar semula keputusan ICJ yang terdahulu?!
P Ramasamy tolong jangan cakap kosong dan tolong maklumkan kepada keseluruhan rakyat Malaysia mengenai kenyataannya itu.
Beliau tidak pernah terlibat langsung dalam kes Pulau Batu Putih tetapi kini bercakap seolah-olah mengetahui segala matlumat mengenainya.
Pada hakikatnya, P Ramasamy pun tidak tahu menahu mengenai fakta isu Pulau Batu Putih kerana beliau tidak pernah terlibat dalam perkara ini sama ada secara langsung ataupun tidak langsung.
Lebih baik P Ramasamy duduk diam-diam dari bercakap merepek macam orang mabuk!!
Keputusan untuk tidak membuat semakan semula keatas keputusan yang dibuat oleh ICJ adalah pendirian seluruh jemaah kabinet kerajaan PH.
Sudah pastilah pada waktu itu pendapat dari semua ahli-ahli jemaah kabinet dipinta sebelum keputusan untuk tidak merayu dibuat secara konsensus.
Semangat nasionalisma Tun Dr Mahathir Mohamad amat tinggi.
Bukan senang untuk beliau serta seluruh jemaah menteri hendak buat keputusan untuk hilang beting pasir Pulau Batu Putih.
Namun, sudah pasti kerajaan PH mempunyai justifikasi yang kuat untuk tidak membuat rayuan di ICJ sepertimana yang dijelaskan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad semalam.
Keseluruhan rakyat Malaysia amat berharap negara mempunyai peruntukan khusus dari zaman penjajahan British bagi Malaysia ‘maintain’ Rumah Api sepertimana yang dilakukan oleh kerajaan Singapura dari tempoh tersebut sehingga kini.
Atas alasan negara Singapura menjaga Rumah Api di Pulau Batu Putih dari dahulu sehingga kini merupakan alasan utama keputusan ICJ memihak kepada negara jiran kita.
Mohon P Ramasamy jawab adakah Tun Dr Mahathir Mohamad seorang Ketua Negara dari zaman penjajahan British?!
Permasalahan kehilangan Pulau Batu Putih pada hari ini bersebab dari zaman penjajahan British.
Dalam ertikata yang lain P Ramasamy adalah seorang yang ‘buta sejarah’ dan ‘bankrap minda!!’
WAJIB BACA:
Pelik bila Zahid enggan turun ke Melaka berunding dengan semua ADUN UMNO
