
Bekas Timbalan Presiden PAS, Datuk Dr Nasharudin Mat Isa mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini terhadap tiga pertuduhan pengubahan wang haram dan 30 pertuduhan pecah amanah jenayah dengan jumlah keseluruhan RM3,979,739.40.
Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh dipenjarakan tidak lebih 15 tahun dan dikenakan denda tidak kurang daripada lima kali ganda jumlah atau nilai daripada aktiviti haram atau RM5juta, yang mana lebih tinggi.
Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Allan Suman Pillai dan Mohd Zaki Mohd Salleh, manakala tertuduh diwakili peguam Md Yunos Shariff.
Hakim Rozilah Salleh membenarkan jaminan sebanyak RM330,000 bagi semua pertuduhan dengan seorang penjamin dan pasport antarabangsa Nasharudin perlu diserahkan kepada mahkamah.
SHAH ALAM: Bekas Timbalan Presiden PAS, Datuk Dr Nasharudin Mat Isa mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini terhadap tiga pertuduhan pengubahan wang haram dan 30 pertuduhan pecah amanah jenayah dengan jumlah keseluruhan RM3,979,739.40.
Nasharuddin, 57, didakwa melakukan tiga kesalahan mengikut Akta Pencegahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA) 2001, melakukan pengubahan wang haram secara tidak langsung, dalam transaksi membabitkan hasil daripada aktiviti haram iaitu mendepositkan wang peruntukan daripada Kementerian Kewangan Malaysia kepada Global Movement of Moderates Foundation (GMMF) berjumlah RM302,069.60 menggunakan cek milik syarikatnya Wassatiyah Centre For Peace Sdn Bhd ke dalam tiga akaun berbeza milik Sisma Auto (KL), SMR Performance Sdn Bhd dan Duadaya Interior Sdn Bhd.
Dia didakwa melakukan kesemua kesalahan itu dari 9 November hingga 20 Disember 2018.
Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh dipenjarakan tidak lebih 15 tahun dan dikenakan denda tidak kurang daripada lima kali ganda jumlah atau nilai daripada aktiviti haram atau RM5juta, yang mana lebih tinggi.
Nasharuddin kemudian didakwa dengan 30 pertuduhan pecah amanah mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan membabitkan jumlah sebanyak RM3,677,669.80.
Ia bagi pembayaran gajinya sebagai Pengerusi Yayasan Nassar selama 16 bulan; pembelian hartanah di Bandar Puteri Bangi; kos katering perkahwinan, pinjaman dan yuran pengajian anaknya; akaun peribadi dan pembelian saham dan geran penyelidikan.
Kesalahan itu dilakukan antara 2015 hingga 2018 dan kesemua kesalahan itu dilakukan di CIMB Bank Jalan Sinar Pagi, Country Heights, Hulu Langat serta di Maybank cawangan Menara FELDA di KLCC.
Jika sabit kesalahan boleh dipenjarakan sehingga 20 tahun, sebatan dan denda.
Nasharudin berpakaian kemeja putih dan sut berwarna hitam, kelihatan tenang apabila kesemua pertuduhan itu dibacakan terhadapnya di hadapan Hakim Rozilah Salleh.
Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Allan Suman Pillai dan Mohd Zaki Mohd Salleh, manakala tertuduh diwakili peguam Md Yunos Shariff.
Pendakwaan menawarkan jaminan sebanyak RM500,000 bagi kesalahan membabitkan pengubahan wang haram manakala bagi kesalahan pecah amanah jenayah, jaminan ditawarkan sebanyak RM1 juta.
Bagaimanapun, Md Yunos ketika merayu jumlah jaminan berkata, anak guamnya sentiasa memberi kerjasama dan hadir ke pejabat SPRM Putrajaya ketika diminta berbuat demikian walaupun melalui mesej aplikasi WhatsApp atau panggilan telefon sejak kes itu disiasat bermula Januari tahun ini.
Katanya, pada Ahad lalu, pihak SPRM menghantar satu lagi pesanan memaklumkan pindaan tarikh untuk anak guamnya hadir di pejabat SPRM Putrajaya pada Isnin.
“Hanya pada pertemuan di pejabat SPRM itu pertama kali mereka nyatakan akan merakamkan kenyataan dan akan membuat tangkapan.
“Anak guam saya dilepaskan pada jam 7 malam dengan jaminan mulut dan SPRM mengarahkannya hadir di mahkamah hari ini,” katanya.
Pada masa sama, Md Yunos berkata, akaun peribadi dan syarikat anak guamnya sudah dibekukan sejak Februari lalu kecuali akaun wang pencen yang mempunyai sebanyak RM117, 000 dalamnya yang dilepaskan baru-baru ini.
Katanya, isteri tertuduh juga sudah bersara dengan pencen sebanyak RM3, 969 sebulan dan beliau akan menjamin menjamin Nasharudin.
Beliau berkata, anak guamnya hanya mampu menyediakan wang jaminan sebanyak RM150,000 dengan bantuan rakan dan keluarga serta bersedia menyerahkan pasport antarabangsa kepada mahkamah dan melaporkan diri sebulan sekali di pejabat SPRM Putrajaya.
Rozilah membenarkan jaminan sebanyak RM330,000 bagi semua pertuduhan dengan seorang penjamin dan pasport antarabangsa Nasharudin perlu diserahkan kepada mahkamah.
Note: Sila klik butang “notification” untuk dapatkan pemberitahuan setiap kali artikel diterbitkan
Sumber:
Your donation is much appreciated and will go a long way towards helping us serve you better. Click the donate button below to make a contribution (you don’t need a Paypal account to donate through Paypal, simply follow the instructions once you click the button).
FOLLOW US ON YOUTUBE, TELEGRAM AND TWITTER:
YOUTUBE: THE THIRD FORCE
TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen (click here)
TELEGRAM: Rosdzaman Dato’ Hj Mohd Yusup
TELEGRAM: Norismail Sarbini
TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen (click here)
WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com
