NASIHAT ISYTIHAR DARURAT: ‘SAMAN PEMULA’ TERHADAP PERDANA MENTERI, KERAJAAN MALAYSIA

Mantan penyelaras parlimen Jasin Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan. Sumber (gambar): Fail TTF

Khairuddin Abu Hassan

نصيحت اشتهار ضرورت: ‘سامن ڤمولا’ ترهادڤ ڤردان منتري، كراجأن مليسيا

Saya telah mengarahkan peguam saya Muhammad Rafique dari Tetuan Law Practice of Rafique untuk memfailkan ‘Saman Pemula’ terhadap Tan Sri Muhyiddin Yassin selaku Perdana Menteri Malaysia (yang tiada keabsahan) dan Kerajaan Malaysia dalam Mahkamah Tinggi Malaya Kuala Lumpur pada hari ini.

Saman ini tiada kena mengena dengan KDYMM Agong kerana sebagai rakyat Malaysia saya senantiasa menjunjung tinggi KDYMM Raja-Raja melayu dan berpaut erat pada prinsip ‘raja dan rakyat berpisah tiada.’

Namun, tindakan saya untuk memfailkan ‘Saman Pemula’ ini adalah berteraskan kepada prinsip memegang erat pada kedaulatan undang-undang yang sedang dicemari oleh kalangan pemimpin-pemimpin politik yang rakus kuasa serta tidak menghormati keluhuran undang-undang sepertimana yang termaktub di dalam perlembagaan persekutuan.




Niat utama saya dalam memfailkan ‘Saman Pemula’ ini adalah untuk meminta pandangan dari badan kehakiman mengenai kedudukan seorang perdana menteri yang telah hilang sokongan majoriti samada mempunyai ‘locus standi’ untuk menasihati KDYMM Agong bagi proklamasi darurat di negara kita.

Mana mungkin kedudukan seorang perdana menteri yang tiada keabsahan boleh menasihati KDYMM Agong bagi tujuan mendapat perkenan kelulusan pengisytiharan proklamasi darurat?

Seseorang perdana menteri yang telah kehilangan sokongan majoriti dari kalangan ahli-ahli parlimen tidak wajar sama sekali bertindak sedemikian rupa.

Ianya bercanggah dan bertentangan dengan sistem politik yang berteraskan kepada amalan demokrasi di tanahair yang tercinta ini.

Tindakan melulu Tan Sri Muhyiddin Yassin yang bercanggah dengan perlembagaan persekutuan harus dicabar serta diserahkan kepada pihak mahkamah untuk membuat keputusan mengenainya.

Kita harus elakkan ‘bad precedent’ seperti ini dari diamalkan dalam sistem politik yang berdasarkan pada amalan demokrasi tulen.

Secara sejujurnya, saya sama sekali tidak mempertikaikan sebarang bentuk kuasa yang ada pada KDYMM Agong sepertimana termaktub dalam perlembagaan negara kita.

Loading...

Pertikaian dan persoalan saya adalah mengenai seorang perdana menteri yang tidak lagi mempunyai sokongan majoriti dari ahli-ahli dewan rakyat yang telah ‘salah nasihat’ KDYMM Agong.

Perbuatan menyanggah serta tidak menghormati keluhuran undang-undang secara sah harus diserahkan kepada bidang kehakiman yang bijaksana untuk membuat keputusan secara sahih.

JANGAN SAMA SEKALI KITA BIARKAN UNDANG-UNDANG NEGARA DIPERSENDAKAN OLEH AHLI-AHLI POLITIK YANG TIDAK BERPRINSIP SERTA TIDAK BERMORAL!!

NOTA: SAYA MEMBUAT PENGUMUMAN-PENGUMUMAN PENTING DARI MASA KE SEMASA EKSKLUSIF MENERUSI SALURAN TELEGRAM BERIKUT:



Your donation is much appreciated and will go a long way towards helping us serve you better. Click the donate button below to make a contribution (you don't need a Paypal account to donate through Paypal, simply follow the instructions once you click the button).


SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...