‘Nasihat pengkhianat sukar kami patuhi, Azmin perlu cermin muka dulu’

Label “pengkhianat” diberikan kepada Azmin oleh sejumlah pihak terutama pembangkang, susulan peranannya dalam Langkah Sheraton yang menyaksikan tumbangnya kerajaan PH selepas mentadbir negara selama 22 bulan. Sumber (gambar): TTF

ءنصيحت ڤڠخيانت سوكر كامي ڤاتوهي، عزمين ڤرلو چرمين موك دولوء

Beberapa pemimpin Pakatan Harapan memandang negatif kenyataan Ketua Penerangan Perikatan Nasional (PN) Datuk Seri Azmin Ali agar pemimpin politik “mendakap kesatuan” bersama rakyat bagi menangani wabak Covid-19.

Menurut laporan, Presiden AMANAH, Mohamad Sabu berkata, semua pihak memang terlibat dalam menangani wabak tersebut tanpa memerlukan gesaan daripada Azmin.

Manakala itu, Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution Ismail pula menyifatkan sukar untuk menerima nasihat daripada “pengkhianat”.

“Nasihat daripada pengkhianat sukar untuk kami patuhi. Maka, meminjam ayat yang dia pernah ucapkan kepada (Presiden PKR) Anwar Ibrahim – cermin muka dulu,” katanya.


PETALING JAYA: Beberapa pemimpin Pakatan Harapan memandang negatif kenyataan Ketua Penerangan Perikatan Nasional Datuk Seri Azmin Ali agar pemimpin politik “mendakap kesatuan” bersama rakyat bagi menangani wabak Covid-19.

Menurut laporan, Presiden AMANAH, Mohamad Sabu berkata, semua pihak memang terlibat dalam menangani wabak tersebut tanpa memerlukan gesaan daripada Azmin.




“Semua rakyat terlibat dalam wabak ini. Dalam menghadapi wabak Covid-19 ini, kita semua bekerjasama.

“Tak perlu siapa-siapa suruh. Kita ambil tanggungjawab bersama (melangkaui perbezaan politik),” katanya.

Manakala itu, Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution Ismail pula menyifatkan sukar untuk menerima nasihat daripada “pengkhianat”.

“Nasihat daripada pengkhianat sukar untuk kami patuhi. Maka, meminjam ayat yang dia pernah ucapkan kepada (Presiden PKR) Anwar Ibrahim – cermin muka dulu,” katanya.

“Dia juga membangkitkan pesanan yang menurutnya pernah diungkapkan Saidina Umar al-Khattab berkenaan kebinasaan sesebuah negara.

“Saidina Umar pernah berpesan, sebuah negara yang makmur pun boleh binasa. Sahabat pun bertanya, bagaimana negara makmur boleh binasa?

“Umar jawab, jika ketua kerajaanya pengkhianat dan harta dimiliki oleh orang-orang fasik.

Loading...

“Pesanan saya kepada Azmin, hayati pesanan Umar al-Khattab,” Saifuddin dilaporkan berkata.

THE THIRD FORCE

NOTA: SAYA MEMBUAT PENGUMUMAN-PENGUMUMAN PENTING DARI MASA KE SEMASA EKSKLUSIF MENERUSI SALURAN TELEGRAM BERIKUT:



Your donation is much appreciated and will go a long way towards helping us serve you better. Click the donate button below to make a contribution (you don't need a Paypal account to donate through Paypal, simply follow the instructions once you click the button).


SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...