
ناظر رازق دلانتيق ڤڠروسي بڠك ڤمباڠونن مليسيا
TTF: Sertai saluran Telegram TTF di sini
Datuk Seri Nazir Razak dilantik sebagai Pengerusi Bukan Eksekutif Bank Pembangunan Malaysia Bhd (BPMB) berkuatkuasa hari ini.
Bank itu dalam kenyataan berkata, beliau menggantikan Datuk Zaiton Mohd Hassan, yang bersara pada Februari lalu selepas berkhidmat selama dua tahun dengan institusi kewangan itu.
Sementara itu, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan BPMB, Arshad Mohamed Ismail, berkata pihaknya mengalu-alukan kehadiran Nazir ke BPMB.
“Pengalaman beliau yang luas dalam kewangan dan perbankan akan menjadi aaet yang amat penting kepada BPMB ketika kami meneruskan perjalanan pembinaan negara,” katanya.

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Nazir Razak dilantik sebagai Pengerusi Bukan Eksekutif Bank Pembangunan Malaysia Bhd (BPMB) berkuatkuasa hari ini.
Bank itu dalam kenyataan berkata, beliau menggantikan Datuk Zaiton Mohd Hassan, yang bersara pada Februari lalu selepas berkhidmat selama dua tahun dengan institusi kewangan itu.
Nazir berkata, BPMB adalah institusi kewangan pembangunan utama yang ditugaskan untuk menyokong projek dan syarikat yang mempromosikan pertumbuhan sosio-ekonomi.
“Saya berbesar hati dengan peluang yang diberikan untuk berkhidmat dengan institusi kerajaan dan membawa bersama bertahun pengalaman yang ada di dalam sektor kewangan,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Sementara itu, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan BPMB, Arshad Mohamed Ismail, berkata pihaknya mengalu-alukan kehadiran Nazir ke BPMB.
“Pengalaman beliau yang luas dalam kewangan dan perbankan akan menjadi aaet yang amat penting kepada BPMB ketika kami meneruskan perjalanan pembinaan negara,” katanya.
Sumber:
WAJIB BACA:
#TamatDarurat: Apakah ini sebabnya Anwar tidak kelihatan di perkarangan Istana Negara?

