Nazri Aziz bantu Anwar sabotaj Perikatan Nasional, Pakatan Harapan Plus?

“Apakah benar perubahan sikap Nazri ada hubung kaitnya dengan perubahan sikap Anwar dan cubaan Anwar untuk sabotaj kedua-dua UMNO dan Pakatan Harapan Plus dari dalam agar mudah bagi beliau untuk berunding dengan semua pihak bila berlaku perpecahan kelak?”

Raggie Jessy Rithaudeen

Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz hari ini dilaporkan berkata Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak harus membubarkan Parlimen sehingga habis penggal penuh parlimen ke-14 pada 2023.

Menurut Nazri, hanya dengan cara ini Muhyiddin akan mampu menstabilkan Perikatan Nasional (PN), kerana dengan menangguh pembubaran parlimen, Muhyiddin akan mempunyai lebih banyak masa untuk mengukuhkan benteng pertahanannya.




“Perdana Menteri yang kena umum dengan tegas bahawa kerajaan yang ada ini akan memenuhi tempoh tiga tahun sebelum habis penggal pilihan raya umum ke-14 (PRU14).

“Sekiranya Muhyiddin umum perkara itu, orang akan lihat beliau berani dan mempunyai keyakinan.

“Dengan cara itu, pelabur asing pun boleh datang dan dalam masa tiga tahun beliau boleh kukuhkan PN,” Nazri dilaporkan berkata kepada Astro AWANI.

Malangnya, inilah Nazri sama yang hanya sebulan lalu menyeru agar Muhyiddin mengadakan Pilihan Raya mengejut sebaik selepas krisis Covid-19 dibawa ke tahap “terkawal.”

PAda 16hb Jun lalu, Nazri dipetik sebagai berkata rakyat Malaysia tidak senang dengan “permainan ping pong” sekarang antara PN dan pakatan Pakatan Harapan (PH) Pembangkang di mana kedua-duanya mengaku mendapat sokongan majoriti Ahli Parlimen.

“Permainan ini harus dihentikan.

“Suatu hari (angka) ada di pengadilan saya dan keesokan harinya, di mahkamah (PH) Anda maka di pengadilan (PN) saya. Mari kita hentikan ketidakpastian ini dan mari kita mengadakan pilihan raya umum,” katanya.

Loading...

Aneh bukan?

Pada ketika itu, tidak terlintas langsung di benak fikiran Nazri untuk “memberikan Muhyiddin lebihan masa bagi menstabilkan Perikatan Nasional.”

Sebaliknya, beliau hanya ingin Pilihan Raya Umum diadakan secepat mungkin agar rakyat dapat tentukan “siapa benar-benar kuat dan siapa benar-benar lemah.”

Perubahan 180 darjah dalam sikap Nazri itu dilihat sejajar dengan perubahan 180 darjah dalam sikap presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Perubahan sikap Anwar pula dilihat berlaku sejurus selepas beliau bertemu dengan Muhyiddin dan Datuk Seri Hamzah Zainuddin beberapa minggu lalu.

Pertemuan yang dimaksudkan itu dikatakan berlaku beberapa hari selepas Anwar, Tun Dr Mahathir, DAP dan AMANAH bertemu di ibu pejabat PKR bagi menghadiri mesyuarat tergempar Pakatan Harapan Plus.

Dalam mesyuarat tersebut, kesemua yang hadir mencapai konsensus untuk menamakan Mahathir sebagai calon Perdana Menteri Pakatan Harapan Plus.

Bagaimanapun, sebaik selepas Anwar bertemu dengan Hamzah, beliau tiba-tiba menyindir Mahathir secara terbuka sambil menolak terus pencalonan Mahathir sebagai Perdana Menteri.

Menurut sumber, Anwar sebenarnya takut dipenjarakan atas sebab-sebab tertentu yang bersangkut-paut dengan siasatan cubaan liwat melibatkan Yusoff Rawther dan pengampunannya atas tuduhan liwat II.

Menurut sumber itu lagi, Anwar khuatir pengampunannya akan dirujuk semula atas dasar tidak menurut protokol lazim dan tudak bersandar kepada peruntukan perlembagaan persekutuan spenuhnya.

Apakah Anwar mempengaruhi Nazri untuk cuba lagakan Team A dan Team B UMNO dengan mencadangkan agar Muhyiddin diangkat menjadi presiden UMNO?

Bukan hanya Nazri merupakan penyokong tegar Anwar, beliau berkempen secara terbuka untuk Anwar di Port Dickson biarpun Anwar berkempen atas tiket PKR yang dianggap sebagai parti musuh Barisan Nasional.

Apakah benar perubahan sikap Nazri ada hubung kaitnya dengan perubahan sikap Anwar dan percubaan Anwar untuk sabotaj kedua-dua UMNO dan Pakatan Harapan Plus dari dalam agar mudah bagi beliau untuk berunding dengan semua pihak bila berlaku perpecahan kelak?

Atau apakah Nazri Aziz mabuk ketum?

NOTA: SAYA MEMBUAT PENGUMUMAN-PENGUMUMAN PENTING DARI MASA KE SEMASA EKSKLUSIF MENERUSI SALURAN TELEGRAM BERIKUT:



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...