Nazri Aziz buat pengumuman esok, beberapa ahli parlimen dijangka tarik sokongan dari Perikatan Nasional minggu ini

Mohamed Nazri mempersoalkan kenapa cadangan melantik TPM dari UMNO diuar-uarkan selepas Ahli Parlimen Machang, Datuk Ahmad Jazlan Yaakub menarik balik sokongan beliau terhadap kerajaan PN pada Sabtu lalu. Sumber (gambar): Fail TTF

نازري عزيز بوات ڤڠعمومن ايسوق، ببراڤ اهلي ڤرليمين دجڠك تاريق سوكوڠن دري ڤريكتن ناسيونل ميڠڬو اين

Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkemungkinan besar mengiytiharkan menarik diri daripada menyokong Perikatan Nasional (PN).

Mohamed Nazri, yang juga Ahli Parlimen Padang Rengas, berkata keputusan muktamad akan dimaklumkan dalam sidang akhbar yang diadakan di ibu pejabat UMNO di Kuala Lumpur esok.

TTF dimaklumkan bahawa beberapa pengumuman rasmi akan dibuat dalam minggu ini melibatkan ahli-ahli parlimen dari ‘blok pemisah’ dalam UMNO.

Sementara itu, Nazri menyokong jika Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) diadakan dalam tempoh terdekat mengikut prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan sekiranya ia tidak dapat dielakkan.


PETALING JAYA: Esok, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkemungkinan besar mengiytiharkan menarik diri daripada menyokong Perikatan Nasional (PN).

Mohamed Nazri, yang juga Ahli Parlimen Padang Rengas, berkata keputusan muktamad akan dimaklumkan dalam sidang akhbar yang diadakan di ibu pejabat UMNO di Kuala Lumpur esok.




Beliau menjangkakan ramai lagi ahli Parlimen daripada UMNO akan tampil bagi menarik balik sokongan kepada kerajaan PN yang disifatkan sebagai sebuah kerajaan yang amat rapuh.

“Kita tunggu, nanti kita tengok berapa ramai lagi ahli Parlimen UMNO akan keluar. Saya juga akan buat keputusan esok (menyokong PN atau tidak),” katanya sepertimana yang dilaporkan oleh portal Sinar Online.

TTF dimaklumkan bahawa beberapa pengumuman rasmi akan dibuat dalam minggu ini melibatkan ahli-ahli parlimen dari ‘blok pemisah’ dalam UMNO.

Sementara itu, Nazri menyokong jika Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) diadakan dalam tempoh terdekat mengikut prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan sekiranya ia tidak dapat dielakkan.

“Kerajaan ini bukan kerajaan yang dipilih, sebab itu dia akan menghadapi masalah sepanjang masa dan tiada jalan lain melainkan mengadakan pIlihan raya,” katanya.

Ketika ditanya mengenai cadangan melantik Timbalan Perdana Menteri dari kalangan pemimpin UMNO pada masa ini, katanya, ia sudah terlambat.

“Bak kata pepatah, nasi sudah menjadi bubur,” katanya.

Loading...

Mohamed Nazri mempersoalkan kenapa cadangan itu diuar-uarkan selepas Ahli Parlimen Machang, Datuk Ahmad Jazlan Yaakub menarik balik sokongan beliau terhadap kerajaan PN pada Sabtu lalu.

“Kenapa tidak dibuat dulu, untuk menunjukkan keikhlasan. Kalau sudah tertekan begini baharu hendak (lantik) nampak tidak ikhlaslah.

“Maknanya (jawatan TPM) ini sepatutnya bagi dahulu lagi, bila kita dah buat keputusan macam ini baharu hendak ambil (tindakan). Jadi susah sikit la,” katanya.

THE THIRD FORCE

NOTA: SAYA MEMBUAT PENGUMUMAN-PENGUMUMAN PENTING DARI MASA KE SEMASA EKSKLUSIF MENERUSI SALURAN TELEGRAM BERIKUT:



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...