Nazri Aziz: UMNO perlu gantung Zahid, ‘ugutan 14 hari’ tidak pernah dirujuk kepada ahli parlimen

Ahli Parlimen Padang Rengas Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz. Sumber (gambar): Fail TTF

نازري عزيز: امنو ڤرلو ڬنتوڠ زاهيد، ءاوڬوتن 14 هاريء تيدق ڤرنه دروجوق كڤد اهلي ڤرليمين

TTF: Sertai saluran Telegram TTF di sini

Ahli Parlimen Padang Rengas Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz menggesa agar jawatan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sebagai presiden UMNO digantung erta-merta susulan tindak-tanduk terkini pemimpin itu yang didakwa melanggar ketetapan parti.

Menurut laporan, Nazri berkata Zahid perlu disiasat segera oleh Biro Disiplin UMNO dan diambil tindakan tatatertib kerana melanggar ketetapan parti sebanyak tiga kali (dinyatakan di bawah).

“Sepatutnya MKT UMNO dan Biro Disiplin parti perlu menggantung jawatan Ahmad Zahid serta-merta. UMNO bukan hak eksklusif Zahid tetapi hak lebih 3.6 juta ahli parti,” Nazri dipetik sebagai berkata kepada Sinar Harian.

Nazri turut berkata, Zahid cuba menjadi hero dengan mengeluarkan kenyataan media bersifat populis.


PETALING JAYA: Ahli Parlimen Padang Rengas Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz menggesa agar jawatan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sebagai presiden UMNO digantung erta-merta susulan tindak-tanduk terkini pemimpin itu yang didakwa melanggar ketetapan parti.

Menurut laporan, Nazri berkata Zahid perlu disiasat segera oleh Biro Disiplin UMNO dan diambil tindakan tatatertib kerana melanggar ketetapan parti sebanyak tiga kali, iaitu:




1. bertindak mengutuskan surat kepada Yang di-Pertuan Agong tahun lalu bagi menyatakan sokongan semua ahli Parlimen Barisan Nasional untuk memilih Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, sebagai Perdana Menteri baharu tanpa pengetahuan majoriti ahli Parlimen berkenaan.

2. kesahihan rakaman audio perbualan Zahid dengan Anwar berhubung Perhimpunan Agung UMNO 2020 (PAU 2020) sedangkan keputusan PAU sudah menetapkan pendirian “No Bersatu (Parti Pribumi Bersatu Malaysia), No Anwar, No DAP.”

3. tindakan terkini Zahid memberi kata dua kepada kerajaan bagi mendesak sidang Parlimen dibuka dalam tempoh 14 hari tanpa merujuk terlebih dahulu kepada MKT dan ahli-ahli Parlimen UMNO.

“Sepatutnya MKT UMNO dan Biro Disiplin parti perlu menggantung jawatan Ahmad Zahid serta-merta. UMNO bukan hak eksklusif Zahid tetapi hak lebih 3.6 juta ahli parti,” Nazri dipetik sebagai berkata kepada Sinar Harian.

Nazri turut berkata, Zahid cuba menjadi hero dengan mengeluarkan kenyataan media bersifat populis.

Semalam, TTF menulis (KLIK DI SINI UNTUK PENDEDAHAN PENUH):

Dengan berlangsungnya Mesyuarat Khas Majlis Raja-Raja Melayu, pertemuan di antara Yang Di-Pertuan Agong dengan 18 ketua parti politik dan persefahaman yang dicapai antara Raja-Raja Melayu berhubung sidang parlimen dan Darurat, Zahid sedar bahawa Raja-Raja Melayu tidak berpuas hati dengan kerajaan gandingan Perikatan Nasional dan Barisan Nasional.

Loading...

Zahid adalah pengerusi Barisan Nasional.

Zahid sedar, tindakan Muhyiddin melenggahkan sidang parlimen dan beberapa bentuk penghinaan lain terhadap Raja-Raja Melayu oleh kerajaan gandingan Perikatan Nasional dan Barisan Nasional akan memarahkan lagi akar umbi UMNO yang sudah meminta Zahid dari awal lagi untuk menarik sokongan Barisan Nasional kepada kerajaan.

Malah, tindakan Muhyiddin melenggahkan sidang parlimen mungkin juga menyebabkan Raja-Raja Melayu marah dengan UMNO, kerana segala keputusan kerajaan adalah keputusan kolektif menteri-menteri kabinet, termasuk berbelas menteri dan timbalan menteri dari UMNO.

Justeru, Zahid terpaksa berpura-pura ‘mengugut’ Muhyiddin untuk mengadakan sidang parlimen dalam tempoh 14 hari walaupun ianya bukan ugutan dalam ertikata sebenar.

Ini kerana Zahid gagal mengumumkan tindakan selanjutnya yang akan diambil oleh UMNO jika Muhyiddin tidak mengendahkan ‘ugutan’ ini.

Jadi Zahid cuba selamatkan maruahnya?

Dari satu sudut, ya.

Zahid mengambil kesempatan ini untuk cuba mempamirkan kepada akar umbi UMNO dan Raja-Raja Melayu bahawa keputusan untuk melenggahkan sidang parlimen menerusi pembentukkan “Jawatankuasa selidik sidang parlimen” bukannya keputusan bersama Barisan Nasional.

Ini tidak benar, kerana sepertimana yang saya jelaskan tadi, segala keputusan kerajaan adalah keputusan kolektif menteri-menteri kabinet, termasuk berbelas menteri dan timbalan menteri dari UMNO.

Dan sepertimana yang kita tahu, Zahid adalah presiden UMNO.

Jadi andai kata Muhyiddin dipecat atau diminta berundur, atau jika Majlis Pemulihan Negara yang diusulkan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad menjadi realiti, Zahid ingin dilihat sebagai ‘hero’ kepada akar umbi UMNO kerana berjuang ‘mempertahankan maruah’ UMNO di kaca mata Raja-Raja Melayu dan juga mempertahankan maruah Raja-Raja Melayu.

Dari sudut lain, Zahid sedang cuba menyelamatkan Muhyiddin agar kerajaan gandingan Perikatan Nasional dan Barisan Nasional akan terus kekal selepas 1hb Ogos 2021.

Ini kerana, jika Muhyiddin dipecat atau diminta untuk berundur selepas bulan ini, atau jika Majlis Pemulihan Negara yang dicadangkan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad menjadi realiti, harapan Zahid dan Datuk Seri Najib Tun Razak untuk berunding dengan Muhyiddin akan hangus.

Tetapi jika Muhyiddin tiba-tiba memanggil sidang parlimen dalam tempoh 14 hari, dan jika Muhyiddin kekal sebagai Perdana Menteri melangkaui 1hb Ogos 2021, maka percayalah, Zahid akan terus cuba membeli masa untuk melenggahkan tarikh pengunduran UMNO dari kerajaan.

WAJIB BACA: 

Hanya Mahathir seorang beri jalan penyelesaian khusus



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...