Nazri dedah PPBM tawar RM20,000 pada orang UMNO buka cawangan baharu

Nazri berkata PPBM tidak ada orang dan mencuri ahli-ahli UMNO. Sumber (gambar): Fail TTF

نازري دده ڤڤبم تاور رم20،000 ڤد امنو بوك چاوڠن بهارو

Bekas ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz mendedahkan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) menawarkan wang berjumlah RM20,000 bagi menubuhkan cawangan parti itu di Perak.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Padang Rengas mendakwa tawaran itu diberikan berikutan parti berkenaan mengalami kekurangan ahli di peringkat akar umbi.

Ditanya mengenai penafian Bersatu terhadap isu cuba ‘membeli’ atau ‘mencuri’ ahli UMNO, Mohamed Nazri menyifatkan kenyataan yang dikeluarkan itu sebagai tidak cerdik.

Tegasnya, sudah terbukti 16 kerusi Parlimen dan dua Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak telah dicuri daripada UMNO.


PADANG RENGAS: Bekas ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz mendedahkan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) menawarkan wang berjumlah RM20,000 bagi menubuhkan cawangan parti itu di Perak.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Padang Rengas mendakwa tawaran itu diberikan berikutan parti berkenaan mengalami kekurangan ahli di peringkat akar umbi.




“Saya ada sebut sebelum ini, UMNO memang berang dengan bunga (PPBM) di Perak sebab kacau kampung (ketua kampung), ahli majlis (pihak berkuasa tempatan) pun beri kepada dia (Bersatu) walaupun tiada orang.

“Dia curi orang kita (UMNO), dia bagi duit pada orang kita. Betul, RM20,000 untuk buka cawangan. Dia mana ada orang, ada sesetengah orang yang ditawarkan.

“Ada kenyataan Setiausaha Agung Bersatu mahu menubuhkan 8,000 cawangan, ingat boleh buat percuma, tidak mungkin dalam masa singkat mahu buat,” katanya dalam sidang akhbar selepas berucap pada Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Padang Rengas di Dewan Millenium di sini pada Ahad.

Mohamed Nazri berkata, perkara itu menjadi faktor utama UMNO menolak untuk bekerjasama dengan Bersatu menjelang Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

“Rabu ini akan berjumpa dengan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi untuk sampaikan hasrat kepadanya bahawa Perwakilan UMNO Padang Rengas tolak kerjasama dengan Bersatu.

“Kita mahu memperkasakan Muafakat Nasional selain mahukan PRU15 diadakan seawal bulan Mac atau selewatnya pada Jun ini,” katanya.

Ditanya mengenai penafian Bersatu terhadap isu cuba ‘membeli’ atau ‘mencuri’ ahli UMNO, Mohamed Nazri menyifatkan kenyataan yang dikeluarkan itu sebagai tidak cerdik.

Loading...

Tegasnya, sudah terbukti 16 kerusi Parlimen dan dua Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak telah dicuri daripada UMNO.

“Tak cerdik… macam mana tak curi? Orang ini bertanding atas lambang Barisan Nasional (BN) jadi kalau tidak curi kita lawanlah nanti, kita tengok. Itu barulah tidak curi.

“Mereka curi 16 kerusi kita Parlimen dan negeri Perak ini dua DUN dia curi. Dia bukan curi dari kita sahaja, daripada orang lain pun sama itu curilah namanya,” katanya.

Pada Sabtu, Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki mendesak Bersatu supaya berhenti daripada ‘mencuri’ dan ‘membeli’ ahli UMNO sekiranya mahu meneruskan kerjasama dalam kerajaan Perikatan Nasional (PN).

Bagaimanapun, Ketua Penerangan Bersatu, Wan Saiful Wan Jan menggesa Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki tampil memohon maaf dan menarik tuduhan kenyataan itu.

Sumber:

NOTA: SAYA MEMBUAT PENGUMUMAN-PENGUMUMAN PENTING DARI MASA KE SEMASA EKSKLUSIF MENERUSI SALURAN TELEGRAM BERIKUT:



Your donation is much appreciated and will go a long way towards helping us serve you better. Click the donate button below to make a contribution (you don't need a Paypal account to donate through Paypal, simply follow the instructions once you click the button).


SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...