Nazri dedah surat Ahmad Maslan kehendak Biro Politik UMNO, bukan individu

Nazri menempelak beberapa ahli Parlimen UMNO yang cuba mempertikaikan tuntutan terkini parti berkenaan dan seolah-olah mahu mengelirukan rakyat. Sumber (gambar): Fail TTF

نازري دده سورت احمد مسلن كهندق بيرو ڤوليتيك امنو، بوكن اينديۏيدو

Ahli Parlimen Padang Rengas, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz menegaskan surat dihantar Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan yang menggesa sidang Parlimen diadakan dalam masa terdekat adalah atas kehendak parti, bukan individu.

Beliau yang juga bekas Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN) turut mengesahkan surat yang dihantar kepada semua 41 ahli Parlimen UMNO dan BN itu diutuskan Ahmad selepas mesyuarat Biro Politik UMNO diadakan baru-baru ini.

Beliau berkata demikian ketika mengulas dakwaan kononnya bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menjadi dalang kepada usaha UMNO mahukan ahli Parlimen parti itu menyokong gesaan sidang khas Parlimen diadakan berhubung proklamasi darurat.

Sebuah portal berita melaporkan sumber terdekat UMNO mendakwa usaha Najib itu gagal selepas hanya tujuh ahli Parlimen parti itu sahaja yang bersetuju, manakala lebihan 35 ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) tidak bersetuju kerana langkah itu dilihat menderhaka kepada Yang di-Pertuan Agong.


SHAH ALAM: Ahli Parlimen Padang Rengas, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz menegaskan surat dihantar Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan yang menggesa sidang Parlimen diadakan dalam masa terdekat adalah atas kehendak parti, bukan individu.

Beliau yang juga bekas Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN) turut mengesahkan surat yang dihantar kepada semua 41 ahli Parlimen UMNO dan BN itu diutuskan Ahmad selepas mesyuarat Biro Politik UMNO diadakan baru-baru ini.




Menurutnya, sebagai ahli UMNO yang setia, beliau menyifatkan tindakan Ahli Parlimen Pontian itu sebagai langkah tepat dan wajar.

“Saya cuma tahu surat itu diutuskan selepas satu mesyuarat Biro Politik UMNO diadakan baru-baru ini. Surat itu kehendak parti, bukan individu.

“Saya secara peribadi menyokong langkah Ahmad dan parti menggesa sidang Parlimen khas diadakan pada saat darurat kerana tindakan itu tepat dan wajar,” katanya kepada Sinar Harian pada Rabu.

Beliau berkata demikian ketika mengulas dakwaan kononnya bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menjadi dalang kepada usaha UMNO mahukan ahli Parlimen parti itu menyokong gesaan sidang khas Parlimen diadakan berhubung proklamasi darurat.

Sebuah portal berita melaporkan sumber terdekat UMNO mendakwa usaha Najib itu gagal selepas hanya tujuh ahli Parlimen parti itu sahaja yang bersetuju, manakala lebihan 35 ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) tidak bersetuju kerana langkah itu dilihat menderhaka kepada Yang di-Pertuan Agong.

Mengulas lanjut, Mohamed Nazri turut menyifatkan langkah kerajaan Perikatan Nasional (PN) melaksanakan darurat atas alasan mendepani pandemik Covid-19 sebagai satu usaha ‘menghukum’ amalan demokrasi.

Beliau turut menempelak beberapa ahli Parlimen UMNO yang cuba mempertikaikan tuntutan terkini parti berkenaan dan seolah-olah mahu mengelirukan rakyat.

Loading...

“Kita sekarang duduk di bawah kerajaan minoriti, maknanya segala keputusan dibuat parti, semua ahli Parlimen UMNO dan BN kena akur.

“Surat itu dikeluarkan di bawah mesyuarat Biro Politik, jadi tak usah mana-mana ahli Parlimen (UMNO dan BN) pandai sangat hendak ‘argue’. Jangan pandai-pandai keluarkan kenyataan untuk kelirukan rakyat,” katanya.

Terdahulu, Ahmad dilapor menghantar surat kepada ahli Parlimen parti itu untuk menyatakan persetujuan untuk mengadakan satu sidang Parlimen khas berhubung Proklamasi Darurat.

Bagaimanapun, Ahli Parlimen Ketereh, Tan Sri Annuar Musa menempelak tindakan Ahmad dan menafsirkannya percubaan menderhaka kepada titah Yang di-Pertuan Agong yang berkenan mengisytiharkan darurat pada 12 Januari lepas.

Sementara itu, Ketua Penerangan BN Selangor, Isham Jalil membidas Annuar susulan dakwaan baharu Menteri Wilayah Persekutuan itu menyatakan pemimpin UMNO kononnya ingin menjadikan parti itu sebagai parti ‘sendirian berhad’.

Menurutnya, selaku salah seorang menteri Kabinet dalam kerajaan PN, Annuar sepatutnya lebih gigih mencari jalan membantu kerajaan menurunkan penularan pandemik Covid-19.

Sumber:

NOTA: SAYA MEMBUAT PENGUMUMAN-PENGUMUMAN PENTING DARI MASA KE SEMASA EKSKLUSIF MENERUSI SALURAN TELEGRAM BERIKUT:



Your donation is much appreciated and will go a long way towards helping us serve you better. Click the donate button below to make a contribution (you don't need a Paypal account to donate through Paypal, simply follow the instructions once you click the button).


SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...