Nazri: Saya tak pernah serang presiden pun, kalau berani buanglah saya

Mohamed Nazri menegaskan, walau apa pun yang berlaku terhadapnya beliau akan terus mengulangi pendiriannya tidak bersetuju dengan pelantikan Najib. Sumber (gambar): Fail TTF

Ahli Parlimen Padang Rengas, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz mencabar UMNO mengenakan tindakan terhadapnya kerana mengkritik pelantikan Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai Pengerusi Lembaga Penasihat Barisan Nasional (BN).

“Saya tak gentar. Kalau nak nak buang, buanglah. Saya tak pernah serang presiden pun. Kalau berani buanglah saya, saya cabar namun tinggalkan UMNO ‘no way’.

Beliau turut meminta Najib supaya tidak menjadikan UMNO sebagai perisai mempertahankan dirinya daripada tuduhan kes rasuah di mahkamah.


PADANG RENGAS: Ahli Parlimen Padang Rengas, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz mencabar UMNO mengenakan tindakan terhadapnya kerana mengkritik pelantikan Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai Pengerusi Lembaga Penasihat Barisan Nasional (BN).

Menurutnya, malah beliau sedia dipecat daripada parti kerana mempertahankan pendiriannya itu.




Namun beliau mengingatkan jika beliau dipecat, ia akan mengulangi peristiwa hitam dalam parti ekoran pemecatan beberapa pemimpinan UMNO sebelum Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) seperti Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dan bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Katanya, pemecatan dua pemimpim dalam UMNO ketika itu antara punca kekalahan UMNO dalam PRU-14.

“Saya tak gentar. Kalau nak nak buang, buanglah. Saya tak pernah serang presiden pun. Kalau berani buanglah saya, saya cabar namun tinggalkan UMNO ‘no way’.

“Kalau nak hukum saya dan KJ (Khairy Jamaluddin) kerana kami sayangkan parti, hukumlah, nak tengok jadi macam dulu apabila buang Shafie, buang Muhyiddin, kita ingat mereka tiada pengaruh,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Padang Rengas di Kem PLKN Kota Lama, Sauk di sini hari ini.

Mesyuarat dirasmikan oleh Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin.

Mohamed Nazri menegaskan, walau apa pun yang berlaku terhadapnya beliau akan terus mengulangi pendiriannya tidak bersetuju dengan pelantikan Najib.

Loading...

Beliau turut meminta Najib supaya tidak menjadikan UMNO sebagai perisai mempertahankan dirinya daripada tuduhan kes rasuah di mahkamah.

“Dia kata semua tuduhan itu fitnah, maka dia kena jawablah di mahkamah bukannya menjawab di jalanan,” katanya.

Sumber:

 



Your donation is much appreciated and will go a long way towards helping us serve you better. Click the donate button below to make a contribution (you don't need a Paypal account to donate through Paypal, simply follow the instructions once you click the button).


SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...