Negara makin tenat bawah kerajaan kini, kembalikan Tun Mahathir

Zafrul Ismail. Sumber (gambar): TTF

Zafrul Ismail

Tun Dr Mahathir Mohamad telah menjadi Perdana Menteri Malaysia ke-empat (1981-2003) dan ke-tujuh sehingga terpaksa berundur kerana kekal teguh memegang prinsip beliau demi rakyat dan negara.

Maka jauh sekali keinginannya untuk bekerjasama dengan mereka yang terlibat dengan pecah amanah serta rasuah.

Kini, dengan adanya kerajaan yang secara sah tetapi bukan pilihan rakyat, keadaan negara menjadi huru-hara dengan para ahli politik yang lebih mementingkan dan mengutamakan niat peribadi mereka.




Perkara ini semakin nyata walaupun semasa negara dilanda wabak pandemik Covid19.

Ada yang ‘sibuk’ ingin memimpin, ada yang gagal memimpin. Dalam pada semua ini berlaku, rakyat dalam kesusahan dan negara makin mundur, undang-undang sudah bercelaru dan agama serta bangsa menjadi permainan ahli-ahli politik yang ternyata lemah.

Jadi saya memohon agar Tun Dr Mahathir Mohamad diberi peluang untuk kembali memimpin negara, Insya-Allah beliau dapat kembalikan mandat rakyat dan perbetulkan keadaan negara demi rakyat.

Nyata beliau telah banyak kali menyelamatkan negara dalam segala masalah, dan ini adalah fakta yang tidak boleh dinafikan.

Cuma golongan yang mempunyai keinginan yang rakus dan tamak tidak akan berdiam diri untuk terus menabur fitnah dan memberi kesusahan terhadap Tun Dr Mahathir Mohamad.

Moga Allah sentiasa memberi kesihatan kepada ayahanda Tun dan peluang agar beliau dapat menstabilkan ekonomi negara serta hak rakyat dikembalikan secara mutlak dan dikekalkan sehingga generasi kita yang akan datang.

#kekalbersamaTun

Loading...

#demirakyat

#demibangsa

#stabilkannegara

#hakrakyatdikekalkan

#demimasadepangenerasidannegara

NOTA: SAYA MEMBUAT PENGUMUMAN-PENGUMUMAN PENTING DARI MASA KE SEMASA EKSKLUSIF MENERUSI SALURAN TELEGRAM BERIKUT:



Your donation is much appreciated and will go a long way towards helping us serve you better. Click the donate button below to make a contribution (you don't need a Paypal account to donate through Paypal, simply follow the instructions once you click the button).


SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...