
TONTON JUGA: MASALAH SEBENAR PERJUANGAN MELAYU
BEBAS NEWS: Kemenangan UMNO pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri baru-baru ini tidak boleh dijadikan kayu ukur bahawa orang Melayu akan kembali menyokong parti itu.
Pengarah PRK Nenggiri Barisan Nasional (BN) Tengku Razaleigh Hamzah berkata, ia memberi gambaran bahawa jika UMNO melakukan apa yang dituntut rakyat dan melaksanakannya, parti itu akan mendapat sokongan.
Ditanya sama ada momentum sama mampu diteruskan UMNO pada PRK DUN Mahkota pada 28 September depan, Ketua UMNO Bahagian Gua Musang itu menyifatkan situasi politik antara kedua-dua DUN itu berbeza.
“Keadaannya berlainan kerana di Nenggiri, hampir 100 peratus pengundi Melayu, jadi kita berdepan Pas saja. Walaupun Pas itu kerajaan (di Kelantan) tapi satu parti saja yang menentang kita.
KUALA LUMPUR: Kemenangan UMNO pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri baru-baru ini tidak boleh dijadikan kayu ukur bahawa orang Melayu akan kembali menyokong parti itu.
Pengarah PRK Nenggiri Barisan Nasional (BN) Tengku Razaleigh Hamzah berkata, ia memberi gambaran bahawa jika UMNO melakukan apa yang dituntut rakyat dan melaksanakannya, parti itu akan mendapat sokongan.
“Menang di Nenggiri saja bukan bererti orang Melayu akan balik menyokong UMNO.
Jika kita buktikan apa kita buat itu perkara yang akan dilakukan dengan ikhlas, mereka akan menambah sokongan kepada kita dan barangkali, itu akan menyebabkan ramai orang Melayu kembali kepada UMNO,” katanya ketika ditemui pada Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2024 di sini, hari ini.
Pada PRK DUN Nenggiri 17 Ogos lalu, BN diwakili UMNO berjaya merampas kembali kerusi DUN itu daripada Perikatan Nasional (PN) selepas calonnya, Mohd Azmawi Fikri Abdul Ghani memperoleh 9,091 undi, menewaskan pencabarnya daripada Perikatan Nasional (PN), Mohd Rizwadi yang meraih 5,739 undi.
Ditanya sama ada momentum sama mampu diteruskan UMNO pada PRK DUN Mahkota pada 28 September depan, Ketua UMNO Bahagian Gua Musang itu menyifatkan situasi politik antara kedua-dua DUN itu berbeza.
“Keadaannya berlainan kerana di Nenggiri, hampir 100 peratus pengundi Melayu, jadi kita berdepan Pas saja. Walaupun Pas itu kerajaan (di Kelantan) tapi satu parti saja yang menentang kita.
“Di Mahkota, saya rasa berbeza kerana campuran (kaum) di kerusi itu. Walaupun Melayu majoriti, bukan Melayu juga hebat di situ. Jadi, kena guna strategi lain dan tindakan yang perlu dilakukan aktivis parti mestilah berbeza dengan apa yang diamalkan di Nenggiri misalnya,” katanya.
Sumber:
