Raggie Jessy Rithaudeen
Tonton video penuh di sini (KLIK DI SINI). Antara hujah-hujah penting:
1. Tengku Razaleigh Hamzah kalah buat kali pertama dalam 50 tahun apabila tewas di kawasan Parlimen Gua Musang pada Pilihan Raya Umum ke-15.
2. Kekalahan itu disebabkan gelombang kebangkitan Melayu-Islam menentang UMNO dan Pakatan Harapan, dan disebabkan gelombang itu, UMNO mencatatkan prestasi terburuk dalam sejarah.
3. Walaupun majoriti calon Bersatu tipis (163 undi) di Gua Musang, namun, jika dibandingkan dengan majoriti yang diperolehi oleh Ku Li pada Pilhan Raya Umum ke-14, kekalahan beliau agak besar.
4. Selepas PRU15, penolakan Melayu-Islam terhadap Pakatan Harapan dan UMNO makin rancak berdasarkan keputusan-keputusan Pilihan Raya Negeri dan kecil.
5. Namun, UMNO tetap meletakkan Ku Li sebagai ketua jentera parti itu menuju Pilihan Raya Kecil di kawasan DUN Nenggiri (dalam kawasan parlimen Gua Musang) dan mengharapkan beliau menarik undi Melayu-Islam.
6. Ini menunjukkan UMNO ketandusan idea dan pemimpin berkaliber yang mampu mengubah fikiran pengundi Melayu-Islam dan menarik minat mereka terhadap parti itu.
Bersambung, sila klik link video di atas…
