نيتيزين ڤرسوال سومبڠن هادي اوڠ منروسي فاچبووق عزمين علي
Datuk Seri Azmin Ali semalam memuat naik di Facebook ucapan tahniah kepada Tan Sri Abdul Hadi Awang atas gelaran ‘Tan Sri’ yang Hadi diperolehinya.
Namun, para netizen mengambil kesempatan menerusi laman Facebook Azmin untuk menyindir Hadi dan mempersoalkan sumbangan yang dibawa oleh presiden PAS itu kepada negara.
“Jual dalil²..menipu itu ini.. Modal lebai zaman nie. Pangkat dapat.. bukan dengki. Tetapi cuba fikirkan apa yg dibuat,” kata Zakey Zakiah.
Ada juga yang menyindir Hadi berkenaan keputusan kerajaan membenarkan arak jenama tempatan, Timah, yang sebelum ini mencetuskan kontroversi untuk mengekalkan nama itu.

Tidak kurang juga yang menyindir Hadi kerana kerap ‘ponteng parlimen’.
“Alhamdulillah, selalu ponteng Parlimen pun dapat Tan Sri,” kata Muazam Zam.
“Duta khas boleh dapat, ape dia buat,” tanya Khairul Shahril Jamaludin.
“Jual dalil²..menipu itu ini.. Modal lebai zaman nie. Pangkat dapat.. bukan dengki. Tetapi cuba fikirkan apa yg dibuat,” kata Zakey Zakiah.
Ada juga yang menyindir Hadi berkenaan keputusan kerajaan membenarkan arak jenama tempatan, Timah, yang sebelum ini mencetuskan kontroversi untuk mengekalkan nama itu.
“Berkat Timah,” komen ringkas Hafidz Mohd Akhir.
Abdul Hadi, 74, antara 19 individu yang menerima Darjah Panglima Setia Mahkota (PSM) dengan gelaran ‘Tan Sri’ sempena Hari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini.
Tiga perengan terakhir adalah daripada terbitan Malaysia Dateline
WAJIB BACA:
Muhyiddin lupa peristiwa ‘bersejarah’ menteri Perikatan Nasional menipu parlimen, rakyat