New Zealand, Vietnam negara terbaik urus Covid-19; Malaysia tangga ke-16 bawah Sri Lanka, Singapura

Secara keseluruhan, sebanyak 98 negara dinilai sepanjang 36 minggu oleh pertubuhan pemikir itu sehingga 9 Januari 2021 berdasarkan enam penunjuk. Sumber (gambar): Fail TTF

نيوزيلندا، ۏيتنام نڬارا ترباءيق اوروس چوۏيد-19; مليسيا تڠڬ ك-16 باوه سري لنكا، سيڠاڤورا

New Zealand, Vietnam dan Taiwan tersenarai sebagai negara-negara terbaik mengurus pandemik COVID-19 dengan meraih tiga tangga tertinggi dalam ranking Indeks Prestasi COVID oleh Lowy Institute.

Malaysia menduduki tangga ke-16 dengan skor purata 71 peratus, tiga tangga bawah negara jiran Singapura pada tempat ke-13 dengan skor purata 74.9 peratus.

“Secara umumnya, negara dengan populasi yang lebih kecil, masyarakat yang bersatu-padu, serta institusi yang berkemampuan mempunyai kelebihan dalam menangani krisis global seperti pandemik.”

“Bagaimanapun, jenis-jenis dasar yang dilaksanakan dan situasi politik semasa turut menyumbang kepada pendekatan sesebuah negara terhadap pandemik ini.”


KUALA LUMPUR: New Zealand, Vietnam dan Taiwan tersenarai sebagai negara-negara terbaik mengurus pandemik Covid-19 dengan meraih tiga tangga tertinggi dalam ranking Indeks Prestasi COVID oleh Lowy Institute.

Malaysia menduduki tangga ke-16 dengan skor purata 71 peratus, tiga tangga bawah negara jiran Singapura pada tempat ke-13 dengan skor purata 74.9 peratus.




Lain-lain negara yang merekodkan sepuluh tangga tertinggi dalam ranking tersebut termasuk Thailand, Cyprus, Rwanda, Iceland, Australia, Latvia dan Sri Lanka.

Antara negara-negara tercorot dalam pengurusan pandemik termasuk Indonesia (tempat ke-85), Amerika Syarikat (ke-94) dan Brazil (ke-98).

Secara keseluruhan, sebanyak 98 negara dinilai sepanjang 36 minggu oleh pertubuhan pemikir itu sehingga 9 Januari 2021 berdasarkan enam penunjuk.

Antara penunjuk yang diambil kira termasuk kes positif, kes kematian, dan jumlah ujian saringan bagi setiap 1,000 orang.

Indeks itu menunjukkan negara-negara di rantau Asia Pasifik paling berjaya mengekang penularan wabak itu, manakala Eropah dan Amerika Syarikat dibeban dengan peningkatan kes secara mendadak.

Beberapa faktor struktural didapati berkait rapat dengan kejayaan sesebuah negara dalam menangani wabak, namun tiada satu teori yang mampu merangkumkan perbezaan dalam pendekatan negara-negara terhadap krisis itu.

“Sebagai contoh, negara-negara kecil (dengan populasi bawah 10 juta orang) terbukti lebih fleksibel berbanding majoriti negara besar dalam menangani kecemasan kesihatan itu pada 2020,” kata laporan tersebut.

Loading...

Manakala tahap pembangunan ekonomi atau perbezaan sistem politik pula kurang memberi kesan terhadap hasil pengurusan krisis kesihatan.

“Secara umumnya, negara dengan populasi yang lebih kecil, masyarakat yang bersatu-padu, serta institusi yang berkemampuan mempunyai kelebihan dalam menangani krisis global seperti pandemik.”

“Bagaimanapun, jenis-jenis dasar yang dilaksanakan dan situasi politik semasa turut menyumbang kepada pendekatan sesebuah negara terhadap pandemik ini.”

Berikut adalah ranking negara dalam mengurus pandemik COVID-19:

1. New Zealand

2. Vietnam

3. Taiwan

4. Thailand

5. Cyprus

6. Rwanda

7. Iceland

8. Australia

9. Latvia

10. Sri Lanka

11. Estonia

12. Uruguay

13. Singapura

14. Malta

15. Togo

16. Malaysia

17. Finland

18. Norway

19. Lithuania

20. Korea Selatan

21. Tunisia

22. Slovakia

23. Denmark

24. Myanmar

25. Maldives

26. Mozambique

27. Malawi

28. Trinidad dan Tobago

29. Zambia

30. Uganda

Sumber:

NOTA: SAYA MEMBUAT PENGUMUMAN-PENGUMUMAN PENTING DARI MASA KE SEMASA EKSKLUSIF MENERUSI SALURAN TELEGRAM BERIKUT:



Your donation is much appreciated and will go a long way towards helping us serve you better. Click the donate button below to make a contribution (you don't need a Paypal account to donate through Paypal, simply follow the instructions once you click the button).


SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...