
Khairuddin Abu Hassan
ءنية كيت جوڬ اونتوق توكر كراجأن ءتبوق اتڤء محي الدين، ڤڠخيانت نومبور ساتو نڬاراء
Rakyat Sabah jangan terpedaya dan tidak sama sekali biarkan diri mereka diperbodohkan oleh muhyiddin yassin lagi.
Muhyiddin Yassin adalah ‘pengkhianat’ nombor satu negara yang telah mengkhianati mandat rakyat pada pru14 yang lepas.
Rakyat tolak UMNO, BN serta kerajaan kleptokrasi pada waktu itu tetapi pada hari ini muhyiddin yassin tubuh kerajaan ‘tebuk atap’ PN bersama mereka.
Walaupun UMNO dan BN sedang menghina muhyiddin yassin dan PN secara terbuka namun demi untuk mengekalkan kuasa menjadi perdana menteri, Muhyiddin Yassin sanggup ‘gadai maruah’ dirinya pada kalangan kleptokrasi.
Hakikatnya, perjuangan politik Muhyiddin Yassin adalah berteraskan kepada kepentingan diri. Cita-cita rakus Muhyiddin Yassin dari hari pertama menubuhkan parti PPBM adalah untuk dia menjadi perdana menteri.
Tun Dr Mahathir Mohamad sendiri telah dikhianati oleh Muhyiddin Yassin. Keseluruhan rakyat boleh lihat dan menilai keperibadian Muhyiddin Yassin yang jelas seorang manusia yang tidak ikhlas.
Keperibadian Muhyiddin Yassin pun bukan baik sangat, sebab itu orang yang ‘hati hitam’ saja yang boleh lakukan sepertimana mereka menganiayai Tun Dr Mahathir Mohamad.
Jadi jangan sama sekali kita cepat lupa pada sejarah, jangan biarkan Muhyiddin Yassin terus memperbodohkan keseluruhan rakyat.
Pada hakikatnya, Muhyiddin Yassin ini adalah ‘musang berbulu ayam’. Demi untuk mencapai cita-cita politik rakusnya; semangat kesetiakawanan dan prinsip diri pun dia sanggup gadaikan.
Apapun sama-sama kita berdoa insya-Allah kerajaan ‘tebuk atap’ PN bakal tumbang dalam sedikit masa lagi. Ameen!!
NOTA: SAYA MEMBUAT PENGUMUMAN-PENGUMUMAN PENTING DARI MASA KE SEMASA EKSKLUSIF MENERUSI SALURAN TELEGRAM BERIKUT:
